Majlis Bandaraya Amsterdam ebulat suara mengundi untuk menghalang Maccabi Tel Aviv daripada bermain di bandar mereka.
Sepuluh bulan selepas insiden memburu penyokong Israel di ibu negara, Majlis Bandaraya Amsterdam minggu lalu telah berdebat sekali lagi tentang perkara itu.
Satu usul telah diluluskan yang secara de facto mengisytiharkan Maccabi Tel Aviv sebagai kelab yang tidak diingini untuk bermain di negara tersebut pada masa ini.
Pada hari Khamis, majlis tersebut mengundi dengan majoriti besar menyokong usul yang dibawa oleh pengerusi parti Denk, Sheher Khan. Usul itu menyeru agar kelab sukan dianggap tidak diingini jika mereka beroperasi di penempatan haram atau wilayah yang diduduki.
Hanya 4 sahaja perwakilan sahaja menentang. Oleh itu, Majlis Bandaraya Amsterdam menghantar satu surat kepada KNVB dan NOC*NSF pada minggu ini. 2 organisasi yang menaungi bola sepak di Belanda.
Surat itu berbentuk permintaan “mendesak” supaya mengecualikan kelab-kelab seperti itu daripada acara sukan di Belanda.
Sebelum ini ada insiden di mana penyokong kelab Israel telah diburu oleh peminat di Amsterdam.
Ianya bermula selepas penyokong kelab negara haram itu bertindak biadap, dan mencetuskan ketegangan.
Segalanya bermula apabilla, penyokong Maccabi dengan biadap pergi menceroboh rumah penduduk di Amsterdam dan merobek bendera Palestin yang dikibarkan. Mereka turut membakar bendera Palestin di Dam Square dan menyerang seorang pemandu teksi.
Penyokong Maccabi Tel Aviv bertindak rasis dan ekstremis dengan melaungkan slogan anti Arab dan Palestin. Khan dalam kenyataannya menegaskan bahawa:”Mereka melaungkan slogan rasis dan menyokong genosid.”
Khan menegaskan bahawa, isu ini bukan lagi dipandang dari sudut politik. Namun mengambil kepentingan masyarakat tempatan yang masih marah dan rasa terhina dengan kelakuan biadap mereka.
Khan turut mempersoalkan kenapa UEFA dan FIFA tidak mengharamkan sahaja kelab kelab dan pasukan kebangsaan negara tersebut daripada bola sepak antarabangsa. Memandangkan langkah itu dikenakan ke atas Rusia?
Penyokong Maccabi mengecam kenyataan daripada Khan itu. Dan melabel Amsterdaam sebagai penyokong keganasan Hamas.
Ketika mereka berkunjung ke Greece, menentang PAOK, layanan yang sinis turut diberikan kepada mereka. Di mana penyokong PAOK mengibarkan baner meminta Israel dikenakan kad merah terus daripada bola sepak.
Penyokong PAOK turut mengibarkan bendera Palestin.
Momenteel speelt Maccabi Tel Aviv, die van dat racistische tuig dat vorig jaar november nog in Amsterdam was, in Griekenland tegen PAOK Saloniki. In het stadion zijn meerdere Palestijnse vlaggen te zien en een oproep om Israël uit de UEFA te schoppen. pic.twitter.com/kEuifpCfW1
— Jimmy 🇵🇸 🇱🇧🔻 (@feestbrood) September 24, 2025