Satu insiden pelik dalam dunia bola sepak antarabangsa menjadi perbualan hangat apabila satu yang digelar sebagai Prestianni Law didakwa digunakan buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia.
Segalanya bermula beberapa bulan lalu ketika aksi Liga Juara-Juara melibatkan Gianluca Prestianni dan Vinícius Jr. Dalam insiden tersebut, Prestianni dilihat menutup mulut ketika bercakap dengan pemain Real Madrid itu. Namun, tiada siapa dapat mengesahkan apa yang sebenarnya diucapkan.
Beberapa bulan lalu, FIFA mengeluarkan garis panduan tentang beberapa peraturan baharu, antaranya peraturan larangan pemain menutup mulut ketika bercakap semasa berbalah dengan pemain lain. Ianya digelar peminat dan pemerhati sebagai Prestianni Law.
Piala Dunia 2026: Lontaran Ke Dalam 5 Saat Antara 5 Peraturan Baru IFAB Untuk Kekang ‘Time Wasting’
Kad merah untuk tutup mulut ketika bercakap dengan lawan
Pemain yang menutup mulut ketika berinteraksi dengan lawan boleh dikenakan kad merah. Tujuannya untuk mengelakkan pemain menyembunyikan kata-kata berunsur provokasi, diskriminasi dan penghinaan.
Hari ini, undang-undang tersebut benar-benar “digunakan” apabila Miguel Almirón dilayangkan kad merah selepas menutup mulut ketika berkomunikasi dengan pemain lawan dalam aksi Piala Dunia di antara Paraguay menentang Turki.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: A few months ago in the Champions League, Gianluca Prestianni covered his mouth while saying something to Vinicius Jr.
It was never proven what he said, so the "PRESTIANNI LAW" was created: Any player who covers his mouth to say something to an opponent will… pic.twitter.com/aw41RRTdWu
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) June 20, 2026
Ada peminat menganggap peraturan itu agak melampau. Namun ada juga kecewa dengan Prestianni yang dianggap: ‘Untuk pemain pada kalibernya, dia patut lebih arif tentang peraturan ini.’