Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Brad Tapp sudah layak untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

Perkara terkini itu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada sebentar tadi.

Menurut FAM, pengesahan tersebut dibuat selepas FIFA selesai menjalankan semakan terhadap status kelayakan kedua-dua pemain berdasarkan peraturan serta peruntukan yang ditetapkan.

Dengan pengesahan itu, Bergson dan Brad Tapp kinisecara rasminya disahkan layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Bergson & Tapp Milik Malaysia

Bagaimanapun menurut FAM lagi, status dua lagi pemain JDT iaitu Manuel Hidalgo dan Shane Lowry masih belum dimuktamadkan apabila proses semakan serta pengesahan oleh FIFA masih sedang berjalan.

FAM berkata pihaknya masih menunggu keputusan rasmi daripada badan induk bola sepak dunia tersebut dan akan terus memberikan kerjasama dengan mengemukakan segala maklumat serta dokumen yang diperlukan.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai status Hidalgo dan Lowry akan dimaklumkan FAM selepas pihaknya menerima pengesahan rasmi daripada FIFA.

Sumber