Liverpool akhirnya mengumumkan Federico Chiesa sebagai pemain baharu kelab itu. Chiesa telah sudah lama setuju dengan syarat menyertai Liverpool, sejak kelab itu menghubunginya buat kali pertama.
Juventus sebelum ini menyatakan Chiesa adalah pemain untuk dijual kerana tidak mahu pemain itu pergi secara percuma. Kelab memerlukan suntikan kewangan untuk menampung dana mereka.
Barcelona kelab paling awal ditawarkan oleh Juventus untuk mendapatkan Chiesa. Tetapi kelab Catalan itu tidak meneruskan rundingan kerana berdepan beberapa kekangan melibatkan kewangan.
Liverpool menghidu peluang untuk mendapatkan pemain kebangsaan Itali ini dengan harga €15 juta sahaja. Dengan bayaran pertama adalah €15 juta yang wajib serta bakinya dalam bentuk bonus tambahan.
Chiesa akui dia teruja sertai Liverpool. Dan mengesahkan bahawa dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran daripada kelab itu.
“Saya sangat gembira dapat menjadi pemain Liverpool. Ketika Richard Hughes menghubungi saya dan bertanya: ‘Mahukah kamu sertai Liverpool?’. Saya terus serta merta menjawab ya!
“Ini kerana saya mengetahui sejarah kelab ini. Dan saya tak sabar untuk menyertai mereka.”
🚨🔴 Official, exclusive story confirmed. Federico Chiesa joins Liverpool from Juventus.
“I'm so happy to be a Liverpool player. When Richard Hughes called me and he said: do you want to join Liverpool? I said yes immediately because I know the history of this club, can’t wait”. pic.twitter.com/DPEdX3pHbA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 29, 2024
Chiesa merupakan pemain sayap kiri yang kini diisi oleh Luis Diaz. Dan Chiesa akan menjadi tambahan kepada ketebalan kualiti skuad Liverpool.