Perak terus menambah kekuatan bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/25 apabila baharu sahaja mengumumkan kehadiran pemain dari Brazil, Luiz Henrique Motta.

Perkembangan terkini mengenai kedatangan pemain pertahanan tengah itu disahkan laman sosial Perak FC menerusi satu video pengenalan yang dimuat naik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber Transfermarkt, Luiz memulakan karier di Brazil pada 2018 dan kemudiannya berkelana ke Malta untuk beraksi bersama dua kelab Liga Divisyen Satu di sana iaitu Kerchem Ajax dan Ghajnsielem.

Meskipun beraksi sebagai pertahanan tengah, Luiz dilihat mempunyai rekod yang baik dalam menjaringkan gol selepas beliau menghasilkan lima gol pada sembilan penampilan pada musim 2023/24.

Malah, beliau juga mampu memainkan peranan penting dalam membantu jentera tengah dan serangan menerusi larian-larian pantas ke kawasan lawan.

Difahamkan pada Januari 2024, beliau kembali semula ke Brazil untuk bersama pasukan Paulista Serie A2, Comercial Futebol Clube.

Luiz Henrique Motta merupakan rekrut ketujuh buat Perak yang sebelum ini telah membawa masuk muka baharu seperti Lee Tae Min (Korea Selatan), Adilet Kanybekov (Kyrgyzstan), Ariff Ar-Rasyid Ariffin, Mohamad Ramadhan Ab. Hamid, Nur Azfar Fikri Azhar dan Tommy Mawat.

Ini juga bermakna Perak sudah mempunyai tujuh pemain import dimana pemain musim lalu seperti Luciano Guaycochea, Sunday Afolabi Kolawole, Luka Milunovic dan Jasper Nyholm masih dikekalkan.

Perak yang pastinya mengharapkan sesuatu yang lebih cemerlang pada musim baharu dikatakan akan terus aktif di jendela perpindahan ini.

Berkemungkinan dua atau tiga lagi pemain baharu akan diumumkan skuad kendalian Yusri Che Lah itu sebelum sesi latihan pra-musim mereka bermula.