Pemain sayap berpengalaman, Mohamed Salah secara rasminya telah diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab saingan Turkish Super Lig, Trabzonspor.

Perkembangan terbaharu itu disahkan Trabzonspor dalam satu video pengenalan ringkas di media sosial kelab tersebut sebentar tadi yang menyaksikan Salah akan memakai jersi bernombor 61.

“Di hadapan kamera buat kali pertama dengan memakai jersi warna Maroon-Biru.”

“Mesej pertamanya kepada penyokong hebat Trabzonspor: Trabzon ada di mana-mana untuk kami!” ❤️💙 #SalahIsComing.”

Mohamed Salah Pilih Trabzonspor

Pemain berusia 34 tahun itu pada mulanya dikatakan semakin hampir untuk menyertai Besiktas tetapi ia gagal dimeterai hingga membolehkan Trabzonspor mengambil peluang tersebut untuk menjadikan Salah sebagai rekrut baharu mereka.

Salah bergelar ejen bebas selepas tidak menyambung kontraknya bersama Liverpool selepas menikmati sembilan musim penuh gemilang.

Sepanjang kariernya di Anfield, beliau telah mengukuhkan status sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah moden kelab itu apabila membantu Liverpool menjulang pelbagai kejuaraan berprestij termasuk UEFA Champions League, English Premier League dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Mohamed Salah membuat 435 penampilan dan berjaya meledakkan 255 gol hingga meletakkannya di tangga ketiga dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool.

Sumber