Netizen dilihat kesal dengan konten seorang YouTuber, Ammar Nazhan yang dilihat seolah-olah mempermainkan pemakaian niqab dalam kalangan wanita.
YouTuber terbabit telah mengeluarkan satu video di mana beliau telah meminta rakan-rakan wanitanya memakai purdah yang telah disediakan dan pemakaian purdah itu nanti akan dinilai ‘kecantikannya’ oleh rakan-rakan lelaki yang lain.
Baca Juga:
- YouTuber Dan 3 Rakan Ditahan Polis, Disyaki Bunuh Kekasih Disebabkan Cemburu
- Ketua Polis Britain Mempertimbangkan Kebenaran Memakai Niqab Bagi Anggota Muslim
- ‘Pihak Imigresen Paksa Saya Pakai Tudung’ – Sajat Buka Cerita Sebenar Bertudung Di Tanah Suci
Salah seorang pengguna Twitter, @muyayoon merasakan konten sedemikian sangat tidak sesuai kerana memberi kebebasan untuk lelaki menilai cara pemakaian perempuan.
nampak video tiktok yg budak laki “rate and review” member perempuan dia pakai purdah… gurl where tf your maruah?? i aint letting guys rate and review me ?????????????
— m. (@ogatamanokii) November 2, 2022
Dalam pada itu, ada juga mengatakan sedih dengan generasi pada masa sekarang semakin hilang adab dan tidak faham dengan hukum hakam agama kerana sanggup berbuat sedemikian.
Bukan itu sahaja, menerusi ruangan komen di YouTube, ada yang menasihat supaya jangan jatuhkan kemuliaan pakaian isteri-isteri nabi. Pakai purdah/niqab bukanlah untuk kecantikan namun untuk melindungi diri daripada fitnah serta jangan mempersendakan agama dengan cara berpakaian yang menutup aurat.
“Assalamualaikum. Niqab is not a fashion. Bukan untuk diperagakan lagi-lagi di depan AJNABI (lelaki (bukan saudara dekat) yang sah dikahwinkan dengan seseorang perempuan). Jangan buat main dengan pakaian ni. Dah macam memperlekehkan pakaian Saidatina Fatimah Az-Zahra. Nak mencuba pakai tak salah tapi tolong ambil tahu apa perlu ditutup. Allahuakbar,” tulis salah seorang pengguna YouTube.
Manakala, ada juga yang menyokong Ammar dan memberi nasihat supaya kawan-kawan perempuannya akan kekal istiqomah, berdoa semoga team Ammar diberikan kesihatan yang sihat dan update konten yang dapat hiburkan peminat.
Semoga perkara ini jadi pengajaran buat semua. Tidak semua konten boleh diterima umum terutamanya isu seperti ini yang sensitif dan melibatkan agama.