Mencari cinta bukan sesuatu yang sukar bagi warga emas di Majalengka, Jawa Barat ini kerana beliau mengaku pernah berkahwin sebanyak 87 kali sebelum ini.

Lelaki berkenaan yang menerima jolokan Raja Playboy, Kaan yang berusia 61 tahun dikatakan sedang merancang perkahwinan buat kali ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau tidak menolak bekas isteri untuk kembali kepadanya kerana menurutnya, ramai bekas isteri yang masih ‘tergila-gilakannya’.

Daripada 87 pernikahan tersebut, beliau berkata tidak semuanya menikah dengan gadis baharu. Kaan bernikah dengan 46 gadis berbeza dan gadis-gadis tersebut bukan hanya berasal dari daerahnya.

“Saya merancang untuk berkahwin dengan bekas isteri daripada perkahwinan ke-86. Meskipun sudah lama berpisah, perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya.

“Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan,” kata Kaan. Kaan berkata beliau mempunyai prinsip ‘tidak boleh mempermainkan hati perempuan’ yang diajar oleh orang tuanya.

Usia perkahwinannya juga tidak menentu; ada yang bertahan beberapa minggu dan ada yang bertahan berpuluh tahun lamanya. “Perkahwinan paling lama dengan orang kampung ini juga, 24 tahun. Cuma saya dulu bermadu terus. Kalau usia pernikahan paling singat rata-rata cuma satu minggu, ada juga satu bulan,” terangnya lagi.

Tambah Kaan yang bekerja sebagai petani, dia mula berkahwin sejak berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun. “Daripada membuat maksiat, lebih baik saya berkahwin,” kata Kaan.

Sumber