Setiap kali bulan Ramadhan, Palestin pasti akan diuji dengan dugaan yang sangat hebat. Ramai yang terkorban di bulan yang mulia ini dan sukarelawan yang membantu individu yang tercedera juga tidak terkecuali.

Razan al-Najjar, 21, seorang sukarelawan untuk Kementerian Kesihatan di Gaza, ditembak mati berhampiran Khan Yunis dua hari yang lalu. Ianya sesuatu yang sangat menyedihkan kerana beliau memakai pakaian sukarelawan dan sesiapa memakai pakaian ini tidak sepatutnya ditembak kerana tidak memberi ancaman kepada tentera Israel.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://twitter.com/basemn63/status/1002667210496708614

photo_2018-06-03_11-34-58
Gambar terakhir Razan sebelum ditembak

Namun peluru penembak tepat tentera Israel buta dan tidak kenal siapa mangsanya. Razan ditembak di bahagian dada dan walaupun usaha menyelamat dilakukan, Razan meninggal dunia akibat tembakan ini.

Ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumian sukarelawan perubatan wanita yang dibunuh tentera Israel dan ramai yang mengecam tindakan bacul penembak tepat yang menembak Razan. Mereka yang hadir ke pengebumian ini mahu menuntut bela atas kematian Razan.

Dimanakah kemanusiaan jika seorang sukarelawan yang membantu mangsa perang turut ditembak tanpa prejudis? Semoga kejadian ini membuka mata dunia kepada betapa kejamnya askar Zionist terhadap rakyat Palestin saban tahun.