Pengarah dan producer di sebalik filem-filem Hollywood hebat seperti E.T, Jurassic Park dan Minority Report, Steven Spielberg kembali dengan filem Ready Player One. Di tahun 2045, tiada apa lagi yang menarik di muka bumi kecuali Oasis, dunia maya di mana anda boleh jadi apa sahaja yang anda mahu. Anda akan perasan ada Freddy Kruger dan beberapa lagi watak terkenal Hollywood ada dalam trailer ini. Filem ini pastinya akan mengimbau kembali kenangan filem futuristik Spielberg sebelum ini seperti Minority Report dan A.I Artificial Intelligent. Ready Player One akan berada di pawagam tahun 2018.