Reaksi penyanyi rap tempatan, Caprice terhadap isu pengguna lebuh raya yang menunaikan solat di lorong kecemasan yang tular baru-baru ini di laman Instagramnya ternyata menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran yang dibuat itu, Caprice menulis “kalau orang tengah solat, kita kena hormat” dan berkongsikan video ulasannya mengenai tindakan pengguna lebuh raya yang bersembahyang di tepi jalan tersebut.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Foto yang tular di media sosial sebelum ini menunjukkan pengguna lebuh raya menunaikan solat di lorong kecemasan itu berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Ia difahamkan susulan kesesakan jalan raya yang dihadapi pengguna jalan raya tersebut yang bersesak untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha hujung minggu lalu.

Hormat sahaja

Menurut Caprice, tindakan menunaikan solat di tepi jalan adalah perkara yang bukan sahaja berlaku di negara-negara yang majoriti penduduknya Islam malah turut berlaku di Amerika Syarikat.

Tindakan mereka di sana menunaikan solat di tepi-tepi jalan bagaimanapun menurut Caprice dihormati walaupun ada ketikanya sehingga menghalang pergerakan lalu lintas di kawasan mereka.

“Sebenarnya benda macam ini tak perlu kecoh lah, di luar negara solat tepi jalan perkara biasa, bukan berlaku di negara Arab sahaja tapi di New York, Amerika Syarikat.

“Waktu solat jumaat depa semua solat tepi jalan sampai blok jalan tetapi satu ayat sahaja- mereka dekat sana hormat, depa dekat sana faham umat islam tengah solat dan depa semua hormat.

“Tak kisah lah agama apa tapi kalau orang tengah solat kita kena hormat, tak payah kecoh, tak payah debat, hormat saja, bang bang bang,” ulas beliau.

Kurang setuju

Walaupun ulasannya itu dilihat dipersetujui ramai netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut, namun tidak kurang juga ada yang dilihat tidak berapa bersetuju dengan pandangannya.

Malah ada juga netizen yang menjelaskan situasi yang berlaku di luar negara adalah berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita baru-baru ini.

Menurut komen yang ditinggalkan di hantaran tersebut, lorong yang disediakan di tepi lebuh raya adalah bertujuan untuk kegunaan kecemasan berbeza dengan di luar negara yang mempunyai jalan alternatif.

“Tapi dekat New York semua ada jalan alternatif, ini lebuh raya.

“Mana ada jalan lain dah ambulans nak lalu dan lorong itu pun namanya lorong kecemasan,” jelas netizen.

“Solat boleh tapi jangan sampai menyusahkan orang lain, itu kan lorong kecemasan, ambulans nanti nak rush macam mana?” tambah seorang lagi netizen.

Tidak sahaja menimbulkan kerisauan sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan kenderaan seperti ambulans untuk menggunakan lorong tersebut, namun netizen juga berpendapat tindakan itu sebenarnya boleh menimbulkan bahaya kepada mereka yang bersolat di tepi jalan.

photo_2020-08-03_12-46-39 photo_2020-08-03_12-46-35 photo_2020-08-03_12-46-33

Ulasan Caprice mengenai isu itu didapati bukan sahaja hangat diperkatakan di hantaran asalnya malah turut mendapat perhatian netizen di beberapa platform media sosial lain yang turut memberikan pandangan mereka mengenai perkara itu.

Pendapat netizen mengenai risiko menunaikan solat di tepi jalan itu juga dilihat selari dengan saranan yang diberikan Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengenai perkara itu.

Dalam laporan yang terbit di Harian Metro, beliau menyarankan agar pengguna jalan raya mengelakkan untuk melakukan perkara yang berisiko dalam menunaikan ibadat dan mencari cara yang lebih selamat untuk dilakukan.

“Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.”

Malah dia turut menambah walaupun solat termasuk dalam perkara yang wajib dilakukan umat Islam namun agama Islam bagaiamanapun menurutnya masih meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

Caprice sebelum ini memang diketahui sentiasa mengulas isu semasa melalui akaun Instagramnya. Baca kisah mengejutkan pemuda ini yang tampil membuat pengakuan ketika sesi live yang diadakan Caprice dan rakan artis Fynn Jamal sebelum ini di pautan di bawah.

Tampil Mengaku Dilahirkan Selepas Ibu Dirogol, Keberanian Pemuda Ini Dipuji Netizen

Masih Tidak Terima Hadiah Yang Dijanjikan Caprice, Peminat Luah Rasa Kecewa