Real Madrid kini menjadikan Gianluigi Donnarumma sebagai sasaran untuk menggantikan Thibaut Courtois pada jangka panjang.
Kelab gergasi Sepanyol itu memantau situasi kontrak Donnarumma yang akan berakhir pada tahun hadapan (2026) di PSG.
Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL
Bermakna Real Madrid berpeluang mendapatkan Donnarumma secara percuma jika pemain itu tidak melanjutkan kontraknya bersama PSG.
Real Madrid intai khidmat Donnarumma
Donnarumma menjadi nadi penting PSG dalam membantu kelab itu menjuarai UCL pertama mereka musim ini dan melengkapkan treble kelab tersebut.
🚨 JUST IN: Real Madrid are interested in Gianluigi Donnarumma as a long-term replacement for Thibaut Courtois.
His contract at PSG expires in 2026. @Gazzetta_it pic.twitter.com/xjcSOYtdSm
— Madrid Zone (@theMadridZone) June 7, 2025
Donnarumma baru berusia 26 tahun. Sebagai perbandingan usia Courtois ketika ini adalah 33 tahun.

Oleh sebab itu, penjaga gol Itali itu dianggap pilihan paling ideal untuk menjadi penjaga gol utama Real Madrid menggantikan Courtois selepas ini.
Courtois sudah sudah boleh dianggap sebagai legenda kelab tersebut.
Selain itu, Donnarumma juga merupakan penjaga gol no.1 untuk skuad kebangsaan Itali. Dia menjadi penjaga gol elit sejak usia muda. Ianya benar benar menepati profil pemain yang dimahukan Real Madrid sebagai kelab gergasi dunia.
Nasser Al Khelaifi pasti tak suka
Situasi ini pastinya tidak disukai Nasser Al Khelaifi yang sebelum ini pernah mengecam Florentino Perez dan Real Madrid berkenaan cara mereka mengganggu Kylian Mbappe sehingga pemain itu pergi secara percuma ke Madrid.

Sebelum ini Nasser Al Khelaifi sudah memberitahu kepentingan Donnarumma dalam projek PSG. Dan pastinya PSG mahu Donnarumma memberikan komitmen segera kepada PSG dalam beberapa bulan ini.
Donnarumma pastinya melihat ini kesempatan untuk dia mendapatkan tawaran lumayan daripada kelab Paris itu.
Apa kata peminat Real Madrid? Adakah Gianluigi Donnarumma calon terbaik untuk menggantikan Thibaut Courtois? Sila kongsikan pandangan anda dengan kami di ruangan komen.