Real Madrid kini melelong loker yang pernah digunakan pemain bintang mereka seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham. Zinedine Zidane, Sergio Ramos dan Luís Figo.

Real Madrid yang sudah pun merenovasi Santiago Bernabeu. Dan pengurusan mereka ada cara  lebih bijak untuk mengendalikan loker bilik persalinan.

Daripada dibuang dan dilupuskan begitu sahaja, Real Madrid membuat keputusan melelongnya.

Loker loker tersebut sudah dihantar ke London untuk dilelong di Sotheby’s. Terdapat 22 unit loker yang digunakan di bilik persalinan sejak 2002 sehingga 2022.

Ia dipamerkan secara terbuka di bilik pameran di London pada hari Rabu.

Loker atau ruang simpanan yang pernah digunakan oleh pemain bintang termasuk Cristiano Ronaldo, David Beckham. Zinedine Zidane, Sergio Ramos dan Luís Figo dijual secara individu, dengan bidaan bermula pada £10,000 atau RM56,500.00.

Loker dan artifak lain daripada pasukan itu, dibuka untuk pembidaan dalam talian sehingga 26 November dengan usahasama antara Kumpulan Pemasaran Pursuit 3, Sotheby’s dan Real Madrid.

Sotheby’s berkata sebahagian daripada hasil lelongan akan didermakan kepada Yayasan Amal Real Madrid kelab itu.

Pakar sukan dan koleksi moden Sotheby, Brendan Hawkes berkata ia adalah satu penghormatan “untuk menawarkan peninggalan bersejarah ini yang memberi orang ramai gambaran di sebalik tirai emas Santiago Bernabéu yang legenda dan salah satu kelab bola sepak paling terkenal di dunia.”

Ia juga merupakan petanda terbaharu bahawa dunia memorabilia sukan sedang berkembang pesat, dan merebak melangkaui daripada sekadar jersi, boot dan bola.

Pada bulan Ogos, Sotheby menjual loker Kobe Bryant dari Pusat Staples L.A. dengan harga $2.9 juta.

Rekod sepanjang zaman untuk item memorabilia sukan adalah milik jersi yang dipakai Babe Ruth yang digunakannya pada World Series pada 1932. Ia dijual di Heritage Auctions di Dallas pada bulan Ogos dengan harga $24.12 juta