Lesen merupakan salah satu perkara yang wajib dimiliki oleh rakyat sekiranya mahu memandu kenderaan di atas jalan raya di negara ini.
Malaysia mempunyai pelbagai jenis lesen bermula dari kenderaan ringan seperti motosikal sampai ke kenderaan berat seperti lori atau trak besar.
Baru-baru ini, seorang netizen tular di laman media sosial kerana beliau memiliki hampir semua lesen pelbagai kenderaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Memiliki Hampir Semua Lesen Yang Dikeluarkan JPJ
Salah seorang pengguna Facebook iaitu Leong Keen Wai yang bekerja dalam bidang perubatan berkongsi perjalanan beliau yang mengambil hampir kesemua kelas yang dikeluarkan oleh JPJ.
“Mereka kata saya boleh menjadi apa sahaja, jadi saya ambil hampir semua kelas lesen yang dikeluarkan oleh JPJ. Perjalanan bermula dengan impian saya untuk memandu ambulans untuk bertindak balas terhadap kecemasan.
“Kemudian ada lori hospital saya. Kami menggunakannya untuk membawa peralatan untuk bertindak balas terhadap usaha bantuan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.
“Semua bagaikan tidak terkawal dan saya kini mempunyai lesen seperti:
Kelas B – motosikal besar
Kelas C – basikal 3 roda gaya pasar malam
Kelas D – kereta manual
Kelas E- lori besar, dump truck
Kelas H – traktor, forklift, sebarang jentera berat dengan roda
Kelas I – jengkaut dan jentera terjejak yang lain
Kenderaan Perkhidmatan Awam kelas D – ambulans, pengangkutan ulang-alik, e-hailing, teksi, van penumpang, limosin
Kenderaan Perkhidmatan Awam kelas E – bas
Lesen Memandu Barang kelas E – lori gandar tetap, van jenazah
Lesen Memandu Barang kelas E – lori gandar artikulasi (treler).
Tambah Leong, beliau tidak mempunyai beberapa kelas seperti kelas A yang dikhaskan untuk pemandu OKU, Kelas F dan G yang merupakan subkelas bagi H dan I dan konduktor bas yang sudah lapuk.
Menurutnya lagi, beliau merancang untuk mengambil beberapa lesen tambahan seperti mengendalikan menara kren, kren crawler dan skylift, trak B-double (kereta api darat) dan Helikopter.
Usaha dan kegigihan yang ditunjukkan oleh Leong patut dijadikan contoh dan inspirasi kepada mana-mana rakyat Malaysia dewasa yang sehingga kini masih belum mempunyai kebenaran bertulis yang sah untuk membawa kenderaan.