Syarikat minuman tenaga terkemuka dari Austria, Red Bull telah melengkapkan pengambil alihan salah satu kelab yang beraksi dalam saingan divisyen 3 Jepun iaitu Omiya Ardija.
Syarikat itu telah mengambil alih operasi kelab 100 peratus pada Ogos lalu dimana mereka mengambil tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh NTT East.

Baca Juga:
- Percaya Tenagamu Dan Berpeluang Menang RM325,000 Bersama Red Bull Dengan 360 Energy Pro!
- Wujud Konflik Pegangan Saham, Ini Sebab Porsche Dan Red Bull Tamatkan Perbincangan Pasukan F1
- Red Bull Bakal Lancarkan ‘Hypercar’ Edisi Terhad Dengan Harga Lebih RM26.6 Juta
Baru-baru ini, Omiya memperkenalkan logo baharu selepas menjadi sebahagian daripada keluarga bola sepak syarikat tersebut dimana mereka mengganti logo tupai dengan lembu jantan yang akan mula digunakan pada Januari 2025.
🇯🇵 Omiya Ardija are expected to update their logo to match the rest of the Red Bull family’s clubs after their recent acquisition.
They’ve had a dominant season in J3, securing promotion to J2. With three games left they have an incredible 19-point lead. pic.twitter.com/BVyeJFu527
— Japanese Football (@JapaneseFbl) November 5, 2024
Selaras dengan kelabnya yang lain, Red Bull telah menukar nama Omiya Ardija. Pasukan itu kini dipanggil RB Omiya Ardija. Nama itu tidak termasuk Red Bull penuh kerana nama penaja dilarang dalam nama pasukan di Jepun, seperti yang berlaku di Bundesliga Jerman, contohnya (RB Leipzig).
Perbezaan yang dapat dilihat dalam logo baharu RB Omiya berbanding kelab lain adalah sedikit warna oren kerana syarikat itu menghormati sejarah dan warna asal kelab itu.
Omiya Ardija merupakan kelab yang berpangkalan di Saitama, sebuah bandar di utara Tokyo dengan lebih sejuta penduduk.
Berbaki tiga perlawanan J3 untuk dihadapi, RB Omiya telah mengesahkan kedudukan mereka dalam saingan J2 musim hadapan dimana mereka memimpin carta liga dengan kelebihan 19 mata.
Selain Omiya, terdapat beberapa kelab lain yang dimiliki oleh syarikat itu seperti RB Leipzig (Jerman), RB New York (Amerika Syarikat), RB Bragantino (Brazil) dan RB Salzburg (Austria).
Omiya bakal mendapat sentuhan dari bekas pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp dimana beliau baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Bola Sepak Global bagi syarikat berkenaan.
Selain itu, Omiya bakal mendapat bantuan dari segi staf kejurulatihan dengan kelab dibawah naungan Red Bull selain menjadi jembatan untuk pemain kelab itu untuk beraksi di Eropah.