Siri Redmagic merupakan peranti terunggul dalam segmen gaming untuk pasaran hari ini. Di Malaysia, model terbaharu iaitu Redmagic 7S Pro baru sahaja dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Peranti Redmagic 7S Pro ini bakal menjanjikan pengalaman permainan yang sangat padu pada setiap masa kerana terdapat sejumlah ciri menarik menerusinya. Mari kita lihat lebih lanjut lagi berkaitan spesifikasi yang ditawarkan menerusi Redmagic 7S Pro pada kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Redmagic 7S Pro

Sumber Gambar: The Vocket

Model ini hadir dengan skrin rata bersaiz 6.8-inci FHD+ AMOLED dengan sokongan refresh rate 120Hz. Apa yang menariknya adalah kamera hadapan di dalam skrin dengan cip tersendiri yang boleh mengawal piksel sekaligus memberikan paparan penuh untuk sebarang konten atau permainan yang dijalankan.

Selain itu, ia dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama memori sehingga 18GB RAM serta storan dalaman mencapai 512GB. Kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh ini boleh dicas penuh dengan pantas kerana adanya sokongan pengecasan 65W.

Sumber Gambar: Redmagic

Selain itu, anda boleh menikmati prestasi permainan yang mantap berterusan kerana mempunyai sistem penyejukan yang serba canggih termasuklah kipas turbo terbina. Kamera utama juga tidak kurang hebatnya kerana merangkumi tiga lensa iaitu 64+8+2 Megapixel.

Peranti ini menjalankan sistem operasi RedMagic OS 5.5 berasaskanAndroid 12. Wakil Redmagic Malaysia juga mengesahkan yang peranti ini hanya akan menerima sokongan perisian untuk dua tahun tetapi tidak dispesifikan sama ada versi sistem operasi atau sekuriti.

Sumber Gambar: Redmagic

Untuk anda yang berminat dengan peranti ini, ia sedia dijual pada harga RM3,999 untuk versi 12/256GB (Obsidian) dan dengan harga RM4,999 untuk versi 18/512GB (Mercury/Supernova). Bermula 26 Oktober sehingga 13 November kelak, setiap pembelian bakal diberikan hadiah istimewa termasuklah fitness band dan waranti setahun tambahan.

Sumber