Sebuah lagi telefon gaming kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia iaitu REDMAGIC 8 Pro. Model ini merupakan peranti gaming kedua di Malaysia yang hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon tercanggih.

Peranti ini dilengkapi dengan cip berkuasa tinggi iaitu Snapdragon 8 Gen 2 yang mana bakal menjanjikan prestasi terbaik sepanjang sesi permainan menerusinya. Ketahui lanjut spesifikasi penuh REDMAGIC 8 Pro yang pasti bakal menarik minat gamer di luar sana.

Baca Juga:

REDMAGIC 8 Pro

Sumber Gambar: REDMAGIC

REDMAGIC 8 Pro ini mempunyai skrin 6.8-inci AMOLED FHD+ bersama sokongan refresh rate 120Hz dan juga paparan HDR10+. Rekaan skrin yang menyeluruh di mana kamera swafoto 16MP berada di bawah skrin sekaligus memberikan paparan visual yang luar biasa.

Peranti ini dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB UFS4.0. Selain itu, ia dilengkapi dengan kamera belakang 50MP+8MP+2MP di samping mempunyai bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas GaN 66W dan dilengkapi dengan sistem speaker stereo.

Sumber Gambar: REDMAGIC

REDMAGIC berkata peranti ini menggunakan sistem ICE 11 Multi-Dimensional Cooling System dengan kipas berkelajuan 20,000 RPM yang mempunyai 59 bilah.

Difahamkan ia menggunakan aloi aluminium gred pesawat, graphane dan foil tembaga bawah skrin dan sebagainya untuk mengawal haba peranti dengan efektif. Selain mempunyai suis fizikal untuk tukar ke mod gaming, sistem lampu RGB masih dikekalkan sebagai signature mereka.

Peranti ini menggunakan rekaan rata pada keseluruhan sisi menjadikan ia lebih sedap dipegang dan tampak premium dengan kemasan hitam yang menawan.

Sumber Gambar: REDMAGIC

Ciri menarik lain termasuklah sokongan widget, dikuasakan sistem pintar untuk pengurusan peranti, Redmagic Studio dan banyak lagi. Menariknya, terdapat dua lubang sisi kiri dan kanan manakala berdekatan kamera mempunyai kipas yang berfungsi untuk pelepasan haba menerusi sistem ekzosnya tersendiri.

REDMAGIC 8 Pro ini dijual di Malaysia pada harga RM3,699 untuk spesifikasi 12/256GB dengan warna Matte dan lanjut dengan spesifikasi 16/512GB dengan warna Void lutsinar pada harga RM4,299. Jualan akan bermula pada 25 Februari ini di laman rasmi Lazada mereka.

Sumber Gambar: REDMAGIC

Bersempena pelancaran ini, REDMAGIC 8 Pro dengan spesifikasi 12/256GB boleh dibeli pada RM2,899 dan 16/512GB pula berharga RM3,499. Jadi, rebutlah peluang pada hari jualan pertamanya untuk mendapatkan pada harga yang lebih murah.