Xiaomi baru sahaja memperkenalkan sebuah telefon bajet menerusi jenama Redmi yang dinamakan Redmi A2+. Kini model Redmi A2+ sedia diperkenalkan secara rasmi buat pasaran tempatan.

Model Redmi A2+ ini sememangnya pilihan terbaik untuk anda yang mahu berjimat atau pun dijadikan sebagai telefon tambahan. Redmi A2+ ini bakal ditawarkan bermula 9 Mei 2023.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Konya

Dari segi spesifikasi, Redmi A2+ menggunakan panel hadapan bertakuk kecil sebesar 6.52-inci LCD HD+ dengan kecerahan mencapai 400nits. Model ini dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G36, memori 3GB RAM dan storan dalaman 64GB terbina.

Di samping itu, ia turut membolehkan ruang tambahan menerusi slot kad mikroSD. Gabungan kamera terdiri dengan 8MP + QVGA di belakang dan swafoto 5MP. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui port mikroUSB.

Terdapat beberapa pilihan warna yang tersedia seperti hijau dan biru. Redmi A2+ ini bakal dijual pada harga RM399 sahaja. Jika anda berminat, boleh ikuti perkembangan terkini menerusi akaun rasmi Facebook Xiaomi Malaysia dengan klik di sini.

Sumber