Dua pelancong dari Eropah yang juga pempengaruh media sosial memuji keunikan dan reka bentuk duit kertas Malaysia semasa lawatan mereka ke negara ini pada bulan April lalu.
Menurut laporan Kosmo! Video yang dimuatnaik di media sosial kini telah tular, menarik perhatian ramai pihak.
Baca Juga:
- ‘Buang Masa Dan Rugikan Duit’ – Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika PLKN Dihidupkan Semula
- Cara Keluarkan Duit Yen Dari Mesin ATM Di Jepun Dengan Kad Debit Bank Malaysia
Dalam video tersebut, kedua-dua pempengaruh yang mengendalikan laman Traveling Solo Logs itu menyatakan kekaguman mereka terhadap kepelbagaian saiz dan warna duit kertas Malaysia, yang memudahkan pengguna, khususnya pelancong asing, untuk membezakan nilai setiap wang kertas dengan mudah.
Duit kertas Malaysia terdiri daripada nilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50, dan RM100.
“Salah satu daripada duit ini menjelaskan bahawa setiap nilai duit ini mempunyai saiz dan warna yang berbeza, menjadikannya sangat menarik.
“Selain itu, gambar yang dipaparkan pada setiap wang kertas menggambarkan elemen-elemen yang berkaitan dengan Malaysia,” kata salah seorang pempengaruh tersebut.
Mereka turut memuji ciri kalis air yang terdapat pada duit RM1 dan RM5.
“Di Amerika Syarikat, semua duit kertas hanya berwarna hijau dengan perbezaan hanya pada nilai dan saiznya. Warna duit Malaysia yang pelbagai ini sangat menarik,” tambah mereka lagi.
Komen positif dari pempengaruh tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial tempatan.
Namburing_Ajis86 menyatakan, “Menarik juga dua pelancong ni, mereka ambil dari sudut duit kertas kita. Tak ada lagi pempengaruh luar yang ‘review’ berkenaan duit kertas kita sebelum ini. Bangga pula rasanya.”
Sabree Musa pula berkata, “Bukan sahaja menarik, tetapi duit Malaysia hanya ada nilai yang terpilih, paling kecil RM1 dan RM100 paling besar. Jadi pelancong luar senang untuk membezakan semua nilai duit itu.”