Kita sudah biasa sangat melihat projek perumahan dengan konsep Barat atau moden kotemporari serta minimalis di dalam pasaran.
Namun sebuah kawasan perumahan baharu menjadi perbualan hangat apabila mengetengahkan konsep rumah melayu yang jarang dilakukan oleh majoriti pembangun di luar sana.
Difahamkan kawasan perumahan ini dikenali sebagai Taman Camar Astana yang terletak di Bukit Katil, Melaka dan dibangunkan oleh syarikat Tri Urbanity Sdn Bhd. Rumah ini membawa konsep rumah Melayu dengan menggunakan bahan moden.


Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, pada setiap rumah didatangkan dengan seni ukiran serta bumbung bertebar layar disertakan perhiasan di tepinya dengan sentuhan elemen kemelayuan tradisional tetapi menggunakan bahan pembinaan yang moden.

Terdapat juga tangga yang disambungkan pada bahagian depan tanah dari rumah untuk serambi atau dikenali sebagai anjung atau ruai sambil dihiasi dengan jubin bercorak dan berwarna bagi menambah ciri estetik padanya.

Selain itu, rekaan tingkap juga bakal berukir dengan menggunakan motif bunga dan kaligrafi pada bahagian atasnya kemudian miliki daun tingkap seperti bak rumah tradisional.
Cool gila perumahan ni. Konsep rumah Melayu, tapi semuanya concrete pic.twitter.com/mORJUpRZFv
— Picky (@pickyhn) November 9, 2024
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen memuji pembangun projek tersebut kerana membawakan konsep rumah melayu pada pembinaan rumah moden terbabit.


Ramai juga menunjukkan minat dengan projek tersebut dan mahukan konsep rumah melayu ini disebarkan secara meluas lagi kerana ia melambangkan jati diri bangsa melayu disamping boleh mempromosi budaya kita secara tidak langsung.