Malaysia akan turun menentang Palestine dalam satu aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini.
Ini merupakan perlawanan kedua dalam jendela FIFA kali ini bagi skuad Harimau Malaya dimana sebelumnya mereka turun menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jallil.
Baca Juga:
- Info Siaran Langsung Aksi Persahabatan Malaysia vs Palestine

- Peter Cklamovski Anggap Tiada Hevel Bukan Satu Masalah

- Penyokong Kelab EPL Ini Dihalang Masuk Stadium Ekoran Pakai Baju Palestine

Rekod Malaysia menentang Palestine
Kali terakhir Harimau Malaya berdepan skuad Lions of Canaan adalah pada 2018 dalam kempen Kelayakan Piala Dunia yang mana Palestine menang dengan keputusan 6-0.

Dalam lima perlawanan terakhir, Malaysia hanya sekali menewakan pasukan dari Timur Tengah itu dalam perlawanan yang berlangsung pada tahun 2001.
Aksi di SSI menjadi peluang untuk pasukan negara bagi menamatkan badi kekalahan sekaligus memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Pasukan negara akan turun berdepan Palestine tanpa kelibat dua pemain pertahanan iaitu Dion Cools dan Facundo Garces yang kembali ke pangkuan kelab masing-masing.
Ketua jurulatih, Peter Cklamovski dijangka membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dan pemain seperti Richard Chin mungkin diturunkan.