Baru-baru ini seorang pemandu e-hailing terselamat daripada tercedera apabila seorang penumpang cuba menikamnya dengan sebilah pisau.
Menerusi hantaran yang sedang tular pada ketika ini, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Lorong Teja 12 Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.
Baca Juga:
- Lelaki Malaysia Dan Rakan-Rakannya Berdepan Detik Cemas Hampir Diculik Pemandu E-Hailing Di Thailand
- Tengok Mesej Jadi Punca Pemandu E-Hailing Terlanggar Dua Penunggang Basikal
- Cuba Tipu Pemandu e-Hailing, Lelaki Nekad Terjun Kereta Tidak Mahu Ditangkap Polis
Berdasarkan tarikh dan masa pada paparan dashcam, insiden itu berlaku pada 27 November, Selasa, pukul 6.20 petang.
CUBAAN MEMBUNUH BERSENJATA.
Kejadian di Sg Petani, Kedah. Harap2 pisau tu tak tertusuk ke dalam. Allahuakbar. Budak2 lg dah berani. Minit ke 1:10 kalau nak fast forward. Viralkan sampai dapat budak ni. pic.twitter.com/eAWFnOlsMJ
— F L Y (@sungaikelaut) November 27, 2023
Menerusi video berdurasi lebih 1 minit itu, pemandu tersebut beberapa kali melakukan pusingan di sebuah taman perumahan seperti diminta remaja terbabit.
Apabila pemandu berhenti di lokasi yang diberitahu, remaja terbabit mengeluarkan pisau dan terus mahu menikam dadanya ketika pemandu tersebut mengeluarkan wang kertas daripada poket bajunya.
Bagaimanapun, tikaman tersebut mengenai tali pinggang yang dipakai pemandu tersebut dan berlaku pergelutan di antara kedua-duanya.
Pemandu menggenggam dan menggigit tangan remaja terbabit sehingga pisau terlepas daripada tangannya, manakala remaja itu terus keluar daripada kereta dan melarikan diri.
Menerusi satu screenshot komen Facebook, ada seorang wanita mendakwa pemandu lelaki itu merupakan bapa mertuanya dan remaja lelaki terbabit cuba melakukan samun pada ketika itu.
Tambahnya lagi, remaja berusia 13 tahun itu sudah pun ditangkap untuk tindakan lanjut. Manakala bapa mertuanya tidak mengalami sebarang kecederaan.