Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba melakukan rompakan  pada 27 November lalu di Mahkamah Majistret hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 13 tahun didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 6 petang di kawasan tepi Jalan Taman Keladi, Sungai Petani terhadap seorang warga emas bernama Lee Ang Hie.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan kejadian itu, tertuduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukum penjara sehingga tujuh tahun berserta denda.

Majistret Khairatul Animah Jelani menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Duratul Ain Mahmud Morshidi.

Mengimbas kembali insiden tersebut, tular satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja berusia 13 tahun cuba menikam pemandu e-hailing yang dipercayai sebagai cubaan samun dalam kereta.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing berusia 65 tahun ini berjaya mematahkan serangan tersebut dengan menggigit tangan suspek lalu merampas pisaunya.