Kisah remaja China diculik di Malaysia ini dah macam babak dalam filem aksi yang sarat plot twist.

Ianya bermula apabila seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dari China yang sedang belajar di Singapura kini jadi suspek buat lakonan paling melampau: palsukan penculikan sendiri semasa berada di Malaysia.

Remaja tersebut merupakan anak orang kaya China yang sedang berdikari dan belajar di Singapura.

Yang lagi gila, remaja tersebut siap hantar video muka lebam, mulut kena tampal pita, tangan terikat, hanya bereluar dalam — dan dipaksa merayu kepada ibu bapa minta dengan berkata “tolong selamatkan saya”.

remaja
Foto: China Press

Plot Tebusan RM3.3 Juta Bermula

Remaja ni belajar di SIM Global Education, Singapura sejak Oktober 2024. Keluarganya berasal dari Foshan, China. Ibu bapanya sedang menjalankan perniagaan di Dubai.

Pada 2 Mei lepas, ibu bapa dia yang berada di Dubai dapat panggilan video dari anak mereka melalui aplikasi QQ.

Video tu menunjukkan si anak kononnya tengah kena pukul dan dicekik — sambil ada dua suara lain bagi “arahan” dari suara di belakangnya.

Remaja China Diculik Di Malaysia Kini Suspek Jenayah 'Pau' Ibu Bapa Sendiri Bayar Tebusan RM3.3 Juta
Foto: China Press

Diculik di Malaysia dan dijadikan tebusan

Mula-mula mereka minta 500,000 yuan (RM293k). Lepas tu naik jadi 3 juta yuan (RM1.76 juta). Akhirnya, naik lagi ke 3.5 juta yuan (RM3.3 juta) — siap ugut nak jual organ remaja tersebut kalau tak bayar wang tebusan.

pay

Panik mendengar anak mereka diculik di Malaysia, ibu bapa remaja tersebut terus terbang ke Singapura dan buat laporan polis.

Dari situ, mereka dapat tahu anak mereka masuk ke Johor Bahru sejak 30 April. Pihak polis Malaysia pun mula siasat kes remaja China diculik di Malaysia itu.

Kantoi Dalam Masa 48 Jam

Nasib baik polis Malaysia cekap,  dan hanya dalam masa dua hari, seorang lelaki warga China berusia 23 tahun ditahan di lapangan terbang Pulau Pinang.

Remaja China Diculik Di Malaysia Kini Suspek Jenayah 'Pau' Ibu Bapa Sendiri Bayar Tebusan RM3.3 Juta

Dia mengaku terlibat merakam dua video — satu di hotel, satu lagi di ladang kelapa sawit di Kedah — atas arahan “polis palsu” dari China yang kononnya arahkan dia buat video untuk “kempen anti-penipuan”.

Katanya, dia sendiri percaya dia tengah bantu siasatan. Lepas rakam, dia pun lepaskan remaja tu.

Pelajar Tersebut Jadi Suspek Rakan Subahat

Menurut maklumat, remaja tu sendiri mendakwa dia diperdaya. Dia memberikan kenyataan kepada polis Malaysia.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia balik ke China dan minta pinjam 40,000 yuan (sekitar RM23,483) dari datuknya, namun ditolak. Malah dia turut dimarahi datuknya.

Remaja itu memberitahu polis Malaysia, bahawa dia menjadi mangsa penipuan juga sebelum dia diculik di Malaysia.

Selepas remaja tersebut bebas, pada 4 Mei dia berjalan kaki ke balai polis di Kedah untuk meminjam telefon pegawai di situ untuk hubungi datuk, dan memberitahu dia selamat.

Remaja tersebut meninggalkan balai polis tersebut. Dan kemudian, polis menjumpai semula remaja itu di stesen minyak. Polis benar benar terkejut, kerana remaja tersebut dalam keadaa sihat walafiat, cuma ada luka kecil di paha.

Keadaannya benar  benar berbeza daripada ketika dia sebelum ini yang mendakwa dipukul, diseksa, diikat dan sebagainya.

Sekarang, pelajar tersebut pula disiasat sebagai suspek rakan subahat dalam kes penculikan dan pemerasan ke atas ibu bapanya sendiri untuk membebaskan dia dengan tuntutan wang tebusan mencecah RM3.3 juta.