Seorang remaja lelaki Australia berusia 18 tahun, Sonny Blundell, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala ketika melakukan aksi backflip di apartmen baharunya pada 24 Jun lalu.
Sonny Blundell mahu berkongsi detik itu dengan rakan rakan dan pengikutnya. Dia gembira, bahawa pada usia baru 18 tahun sudah memiliki rumah sendiri.
Dia juga memberitahu rakan rakan dan pengikutnya bahawa dia dan teman wanitanya akan memulakan kehidupan baharu di situ, berpindah dari Central Coast.
Dia kemudian meraikannya dengan aksi backflip di apartmen baharunya yang terletak di Gold Coast, Australia.
Malang sekali untuk remaja itu, dia mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan kepala kerana aksi backflip yang gagal itu. Dia ketika itu disaksikan oleh rakan rakan baiknya yang turut bersama meraikan kejayaannya.
Selepas insiden itu, dia memilih untuk berehat, kerana menganggap kecederaannya tidak serius.
Backflip ragut nyawa Sonny
Keesokan paginya, kakaknya mendapati adiknya tidak sedarkan diri. Dia lalu dikejarkan ke hospital.
Doktor mengesahkan bahawa Sonny Blundell mengalami pendarahan otak yang serius serta mengalami beberapa serangan strok sebelum dia menjalani pembedahan otak lalu koma.
Teen tragically dies after hitting his head in botched backflip attempt https://t.co/U61L9W0nnC pic.twitter.com/cBad8xJ8Q5
— New York Post (@nypost) July 4, 2025
Selepas pembedahan, dia kekal dalam koma dan selepas seminggu bertarung nyawa, Sonny akhirnya disahkkan meninggal dunia pada 30 Jun.
Pemergian Sonny Blundell diratapi oleh jiran jiran yang mengenalinya. Kerana menurut mereka, Sonny seorang pemuda yang rajin bekerjaa dan gigih. Dia baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang konkrit. Dan sangat bersemangat mahu membina kehidupan baharu bersama teman wanitanya.

Yang lain berkata: “Simpati dengan mendiang, backflip seharusnya menjadi perkara yang menyeronokkan bukannya tragedi.”
Keluarganya kemudian membuka tabung GoFundMe untuk membawa mayat anak mereka pulang untuk dikebumikan di Central Coast.