Siapa di sini penggemar makan kari daging atau kambing? Selalunya anda makan dengan apa? Kari kambing atau daging sesuai dimakan begitu sahaja dan sesuai digandingkan dengan nasi, roti canai dan banyak lagi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Sheena Supramaniam‎ telah berkongsi resipi istimewa kari daging pekat yang mudah dan lazat yang anda boleh buat di rumah. Baca perkongsian resipi Sheena di bawah:

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Daging kambing 1kg atau 1.5kg
2. Halia- 4 biji sebesar jari
3. Bawang putih- 10 ulas
4. Bawang kecil- 9 biji
5. Kayu manis
6. Star anise
7. Cardamon
8. Bunga cengkih
9. Jintan manis
10. Daun kari
11. Kunyit
12. Serbuk kari atau ayam
13. Serbuk cili
14. Kentang
15. Tomato

68620440_1601003220029911_8500823353571934208_n

Cara-cara membuatnya:

1. Basuh bersih daging dan toskan airnya.

2. Kisarkan halia, bawang putih dan bawang kecil.

3. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan 4 beradik iaitu kayu manis, star anise, cardamon, dan bunga cengkih.

68985931_1600999663363600_4562647121223745536_n

68553801_1600999753363591_4270797109843722240_n

68852222_1601000066696893_2452162421750497280_n

4. Selepas itu, masukkan jintan manis.

5. Kemudian, masukkan daun kari.

6. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan gaul sehingga naik bau.

68818737_1601000163363550_474767269742772224_n

68705394_1601000296696870_9099401576837021696_n

68465526_1601000503363516_4936844901347229696_n

7. Kemudian, masukkan daging dan masukkan kunyit serta gaulkan sehingga rata.

8. Selepas itu, masukkan air secukupnya untuk daging masak.

9. Setelah mendidih, masukkan tomato dan didihkan ia sehingga daging 80% masak.

68789971_1601000706696829_6438020908572475392_n

68940894_1601001046696795_2190561027517579264_n

68814346_1601001156696784_1059929355204952064_n

10. Kemudian, masukkan serbuk kari dalam 3 atau 5 sudu besar dan masukkan serbuk cili mengikut kesukaan anda dan gaulkan ia.

11. Selepas itu, masukkan kentang dan garam dan gaulkan ia.

12. Akhir sekali, masukkan tomato dan siap.

69085969_1601001580030075_3274664189536239616_n

68695598_1601001680030065_5578409433643352064_n

68961891_1601001970030036_7418969027839524864_n

68885329_1601002050030028_9134516396225462272_n

Lihat gambar sahaja sudah terliur bukan? Anda pun boleh cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba!