Entah kenapalah anak-anak semua suka makan kimchi. Bukan pernah duduk Korea pun… agaknya penangan selalu tengok drama Korea. Jadi kenalah buat kimchi selalu. Kalau tak masak sayur cukuplah dengan kimchi, makan dengan nasi dan lauk lain.

Macam mana nak buat senang je, tengok setiap gambar. Nak lagi lengkap dan terperinci boleh Google.

Langkah 1

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Guna sebiji kobis Cina. Belah dua, basuh celah-celah kelopak.

Langkah 2

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Toskan kobis yang telah dibasuh.

Langkah 3

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Letak garam kasar di setiap kelopak kobis.

Langkah 4

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Dah letak garam, simpan dalam bekas.

Langkah 5

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Tutup bekas dan perap satu malam. Esoknya, basuh bersih untuk kurangkan masin. Perah kobis sehingga kering. Selepas itu, potong-potong untuk menjadi lebih kecil.

Langkah 6

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Ini bahan-bahan untuk sambalnya.

Bawang merah atau bawang besar, bawang putih, halia, epal. Semua dikisar hingga hancur.

Tambah sos ikan tiga, empat sudu.

Masukkan serbuk lada. Kalau mahu pedas, letak lebih, saya letak satu sudu makan sahaja.

Tambah gula, tetapi saya gantikan gula dengan madu. Letak sedikit garam kalau kobis tak masin.

Gaul sebati.

Langkah 7

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Bahan sayuran lain disagat panjang-panjang, iaitu lobak merah dan buah epal. Daun bawang potong dengan kepanjangan lebih kurang 2 inci.

Langkah 8

Senangnya Buat Kimchi, Resipi Ini Telah Dikongsi 33,000 Kali

Gaulkan semua sayuran dengan sambalnya.

Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti ais.

Boleh makan bila-bila nak. Kimchi ini tahan lama tak basi. Makin lama makin sedap.

BACA: 20 Makanan Sedap Dan Mesti Dicuba Jika Anda Ke Korea Selatan