Sebut sahaja basque burnt cheese, pastinya ada yang sudah terbayang akan kesedapan basque burnt cheesecake dalam penerbangan AirAsia.
Jika kami katakan anda boleh nikmati basque burnt cheese pada roti, adakah anda percaya? Percayalah kerana pengguna Facebook Ida Othman telah berkongsi resipi roti basque burnt cheese topping yang pastinya sedap dan mudah. Ayuh kita mulakan!
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat basque burnt cheese topping
* Kuantiti bahan untuk sapuan 8-10 keping roti
- 100gm cream cheese.
- 2 keping keju cheddar disiat-siat.
- 40gm susu cair.
- 40gm gula kastor.
- 20gm butter tawar (unsalted butter).
- 2 biji kuning telur.
- 1/4 sudu teh esen vanila.
Cara-cara untuk membuatnya:
1. Dengan menggunakan api perlahan, mula-mula panaskan cream cheese, keju cheddar atau keju slice dan susu hingga keju-keju itu cair. Mesti sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus.
2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut.
3. Setelah gula larut, masukkan unsalted butter. Lepas itu kacau hinggalah butter sebati dalam adunan.
4. Kemudian baru masukkn kuning telur. Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti kastad.
5. Matikan api dan masukkan esen vanila. Kacau lagi hingga esen vanila sudah sebati dalam adunan.
6. Bila sudah siap adunan itu, sudah bolehlah sapu kastad ini di atas roti. Sapu ikut sukalah bergantung pada selera masing-masing. Pada saya kalau lagi tebal kastad lagi sedap rasanya.
7. Akhir sekali bolehlah kita bakar. Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira-kira 10 minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus. Kemudian, siap!
P/s: Jangan bakar terlalu lama sebab nanti kastad keju itu akan mengering.
Makan begitu sahaja pasti sedap. Bagaimana dengan perkongsian resipi menarik ini? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan bolehlah cuba untuk kudap-kudap minum petang nanti. Selamat mencuba!
Sementara itu, kami kongsikan resipi menarik untuk anda cuba di rumah. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Resipi Tom & Jerry Cheese Cake Yang Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Jadi Kegilaan Netizen
Raih 97K ‘Shares’, Ini Resipi Mi Hailam Tumis Yang Mudah Dan Sedap Untuk Anda Cuba Di Rumah