Anda pening kepala ingin masak apa untuk menu petang? Sudah jemu dengan menu biasa seperti goreng pisang dan cucur udang?
Apa kata anda cuba masak roti goreng coklat yang viral di media sosial baru-baru ini. Anda hanya perlukan dua bahan sahaja untuk mendapatkan menu enak ini. Mudah dan murah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Roti
2. Coklat Cadbury atau Nutella
Cara-cara untuk membuatnya:
1. Patahkan coklat Cadbury.
2. Kemudian, letakkan coklat pada tengah roti.
3. Selepas itu, tekapkan seperti ingin buat karipap.
4. Akhir sekali, gorengkan sehingga warna keemasan dan siap.
Senangkan cara nak buat roti goreng coklat viral ini? Resipi ini adalah perkongsian daripada pengguna Twitter @KhairolAbror1.
Roti goreng coklat.
1. Patahkan cadbury.
2. Letak tengah roti. Then tekapkan. Alaa buat macam karipap lah.
3. Goreng. Jangan goreng lama sangat nanti hitam habis roti. pic.twitter.com/JSRhHzR10T— Uzair (@KhairulAbror1) September 27, 2019
Anda mungkin berminat untuk mencuba menu-menu lain yang lebih unik dan menyelerakan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Resipi Lazat ‘Mushroom Soup Dan Garlic Bread’ Ala Pizza Hut Anda Patut Cuba
Resipi Sos Pencicah Vietnamese Spring Roll ‘Power’ Anda Kena Cuba