Siapa di sini yang suka makan kerang? Adakah anda tahu khasiat yang terkandung dalam kerang? Antara khasiat yang anda peroleh dengan makan kerang adalah dapat mengatasi anemia (kurang darah), menjaga kesihatan jantung, merawat fungsi saraf dan banyak lagi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu Kak Long telah berkongsi dapat menikmati kerabu kerang yang sedap. Menurutnya, kerabu kerang tersebut dimasak oleh sahabat baiknya iaitu Nazliwati Mohamed.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/SpongeBobCatz/status/1152414673867689984

Cara-cara merebus kerang:

1. Rendam kerang selama 30 minit dengan garam
2. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih
3. Letakkan sedikit cuka
4. Masukkan kerang setelah air mendidih
5. Rebus kerang selama 2 minit
6. Kemudian, angkat kerang dan rendam dalam bekas berisi ais
7. Biarkan seketika dan hanya kopek kulit sebelah kerang

Cara-cara sos kerabu kerang:

1. Tumbuk bawang putih dan cili padi
2. Tambah 3-4 sudu air asam jawa
3. Masukkan 2-3 sudu sos ikan
4. Secubit cukup rasa dan brown sugar
5. Masukkan jus limau

https://twitter.com/SpongeBobCatz/status/1152565150911569921?s=19

Setelah siap menyediakan bahan-bahan tersebut, gaulkan kerang dan sos kerabu itu sehingga rata. Kemudian tambahkan daun ketumbar dan tomato ceri yang dipotong dadu. Sudah siap!

Pastinya hanya dengan melihat gambar anda sudah terliur ingin menikmatinya. Kini, dengan perkongsian ini anda dapat buat sendiri di rumah.

Sumber