Cha Yen (ชาเย็น) atau Thai Tea atau Teh Ais Thai adalah minuman air sejuk yang biasa dijajakan di jalanan negara Thailand ini mula mendapat perhatian orang Malaysia pada suku terakhir tahun 2015. Sebelum ini fenomena Teh Ais Thai telah melanda orang Indonesia pada sekitar tahun 2014.

Asalnya Thai Tea ini dibuat daripada teh Ceylon yang kuat. Tapi disebabkan oleh harga teh Ceylon mahal, orang Thai buat sendiri teh versi mereka yang dikenali sebagai Bai Miang yang telah ditambah dengan pewarna makanan. Selain itu, ia akan turut dicampur dengan bunga lawang, asam jawa, buah pelaga dan rempah lain.

Pada waktu ini kelihatan makin ramai orang mengiklankan serbuk teh premix dari Thailand yang lebih dikenali sebagai ‘Thai Tea’ di Facebook dan Instagram.

Teh Ais Thai ini kelihatan seperti air Teh Tarik atau Teh Susu kita tapi ia sebenarnya tidak serupa. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara, antaranya:

  • Warna Teh Ais Thai ialah kejinggaan. Manakala warna Teh Tarik ialah keperangan.
  • Teh Ais Thai dibuat dengan menggunakan teh khas dari Thailand. Manakala Teh Tarik boleh menggunakan serbuk daun teh yang biasa kita bancuh harian seperti Boh dan Lipton.
  • Aroma Teh Ais Thai berbeza dengan aroma Teh Tarik
  • Teh Ais Thai tak perlu ditarik, cukup sekadar dikacau rata. Manakala Teh Tarik perlu ditarik bagi menghasilkan buih.
  • Bahan-bahan Teh Ais Thai berbeza dengan bahan-bahan Teh Tarik kerana Teh Ais Thai menggunakan dua jenis susu iaitu susu pekat manis dan susu evaporasi.

* Perbandingan di atas berdasarkan cara buat air Teh Tarik yang diketahui penulis. Sekiranya cara anda berbeza, boleh tulis di ruang komen. Terima kasih.

Imej: Krapow.com
Imej: Krapow.com

Ini cara membancuh air Thai Tea:

Bahan-bahan:

  • Teh Thai (premix uncang atau serbuk)
  • Susu sejat pekat
  • Susu evoporasi
  • Gula Pasir
  • Air Panas
  • Ais

Cara Penyediaan:

  • Teh direndam di dalam air panas dan dibiarkan selama 15 – 30 minit. Ada sesetengah orang menggunakan air panas daun pandan.
  • Sediakan satu cawan dan diisi dengan susu sejat pekat, susu evoporasi, sudu gula pasir.
  • Apabila teh sudah kembang, tapis dan ambil air teh kosong sahaja.
  • Kemudian, tuang ke dalam cawan yang disediakan tadi.
  • Kacau hingga sekata dan berbuih.
  • Anda boleh minum panas atau tambah ais. Dan boleh juga tambah bahan lain seperti whip cream, ice cream, bebola mutiara hitam.

Contoh:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram