Assalamualaikum.
Saya nak kongsi satu menu dari kampung saya di Filipina.
Kami panggil tortang talong. Hihihi.. Boleh sebut tak?
Maksudnye terung omelet. Simple tapi sedap.
Ikut je step by step pictures shown below. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 4 biji terung.
2. 4 biji telor. Tambah garam dan perasa kalau nak.
Langkah memasak:
Langkah 1
Cucuk-cucuk dahulu terung supaya tidak meletup apabila dibakar nanti.
Langkah 2
Bakar terung di atas dapur. Boleh juga gunakan pemanggang elektrik, pemanggang ajaib atau ketuhar yang mempunyai fungsi grill.
Langkah 3
Inilah rupa terung yang sudah dibakar.
Langkah 4
Pastikan terung dimasak betul-betul supaya kulitnya senang keluar.
Basuh tangan, dan sapu terung menggunakan tangan basah. Kulit terung akan terkikis sendiri.
Langkah 5
Penyekkan terung menggunakan garfu.
Langkah 6
Penyekkan terung sehingga lebar dan nipis sebegini. Pastikan tangkainya masih ada.
Langkah 7
Pecahkan dan kacau telur. Boleh tambah garam dan perasa jika mahu.
Langkah 8
Celurkan terung ke dalam telur.
Langkah 9
Goreng terung. Jangan guna terlalu banyak minyak, pastikan terung tidak tenggelam di dalam minyak.
Langkah 10
Inilah rupa Tortang Talong atau terung omelet yang sudah dimasak.
Langkah 11
Hidangkan. Selamat menjamu selera!