Anda sudah bosan dengan menu petang anda? Adakah anda gemar makan cendawan enoki? Ini adalah resipi wantan cendawan enoki goreng tepung yang unik dan pastinya akan membangkitkan selera anda serta boleh diikmati bersama keluarga.
Baru-baru ini, pengguna Facebook Aishah Masri telah berkongsi resipi mudah dan sedap wantan cendawan enoki goreng tepung. Baca perkongsian resipi Aishah di bawah:
Bahan-bahannya:
1. Cendawan enoki
2. Kulit wantan
3. Tepung goreng serbaguna BESTARI
Cara-cara nak membuatnya:
1. Buang akar cendawan, basuh dan leraikan kemudian toskan sehingga kering air.
2. Kemudian balut dengan kulit wantan seperti dalam gambar. Untuk lekatkan kulit wantan itu cuma gunakan air sahaja.
3. Kemudian bedakkan dengan tepung. Tidak perlu menggunakan telur.
4. Bila minyak sudah panas, boleh goreng sehingga masak kekuningan. Kemudian, siap.
Mudah bukan? Pasti sedap makan panas-panas sambil cicah dengan sos thai lagi-lagi makan waktu petang. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang kering idea ingin masak apa pada hari ini.