Setelah berjaya mengumpulkan 112 buah Lamborghini di parkir terbuka bersebelahan hotel Mandarin Oriental pada 2022, Lamborghini Owners Malaysia (LOM) kembali mahu memecah rekod terbaharu untuk tahun ini.

LOM berkolaborasi dengan Resorts World Genting (RWG), mereka akan bekerjasama untuk memecahkan rekod LOM sebelum ini sebagai perhimpunan terbesar Lamborghini di Malaysia di kawasan setinggi 6,000 kaki di atas paras laut.

Baca Juga:

Pada 1 Mac ini, lebih daripada seratus buah Lamborghini bakal berkumpul di hadapan kawasan parkir terbuka Highlands Hotel, Resorts World Genting.

Dalam satu kenyataan bersama, Resorts World Genting dan LOM, mereka akan bekerjasama untuk memecahkan rekod LOM sebelum ini sebagai perhimpunan terbesar Lamborghini di Malaysia, setinggi 6,000 kaki di atas paras laut.

Sumber Gambar: Hazim Jaafar / The Vocket

“Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian dalam usaha mencipta sejarah in bersama LOM. Sebagai perintis ikon riadah dan hospitaliti Malaysia yang progresif, kami mencerminkan keterujaan rakan kongsi dan semangat kecemerlangan tanpa henti”, kata Winnie Lim, Naib Presiden Resorts World Genting.

Sementara itu, Presiden LOM, Datuk Roslan Rosdi memberitahu The Vocket di mana perhimpunan itu bukan sahaja akan memecah sekali lagi ‘Malaysia Book Of Records’ yang terdahulu, bahkan akan mencipta satu rekod baharu dunia.

Sumber Gambar: Hazim Jaafar / The Vocket

“Perhimpunan pada hari itu bukan sahaja akan memecahkan rekod terdahulu, bahkan ia akan menjadi perhimpunan Lamborghini terbesar pertama dunia dibuat di kawasan tanah tinggi.

“Saya sangat optimistik dan yakin kami akan dapat memecahkan rekod dahulu dan mencipta rekod terbaharu dalam Guiness World Records,” jelas beliau.