Sedang merancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan? Apa kata luangkan masa untuk berkunjung ke Genting Highlands dan nikmati pelbagai tarikan menarik yang tersedia di Resorts World Genting.
Lebih menarik, menerusi kempen Jom Pergi Resorts World Genting – Book Now, Stay Now!, orang ramai berpeluang menikmati tawaran harga istimewa untuk penginapan hotel dan tiket taman tema terpilih.
Promosi yang berlangsung dari 2 November 2026 hingga 9 November 2026 ini menawarkan harga bilik hotel serendah RM155, selain diskaun untuk tiket taman tema untuk melengkapkan lagi percutian anda.
1. Diskaun Hingga 50%, Nikmati Harga Hotel Serendah RM155
Percutian sempurna bermula dengan penginapan yang selesa. Bagi anda yang sukakan suasana alam semula jadi atau mahu berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik, Resorts World Genting menyediakan dua pilihan hotel hebat pada harga promosi:
- Resorts World Awana: Sesuai untuk anda yang mahukan ketenangan.

Nikmati diskaun sehingga 50% bagi bilik Superior Deluxe pada harga RM155 sahaja!
- Genting SkyWorlds Hotel: Pilihan tepat jika anda mahu terus melangkah ke Taman Tema Genting SkyWorlds!

Dapatkan diskaun sehingga 40% untuk bilik Quads pada harga RM201.
Melalui tawaran ini anda boleh merancang percutian dengan lebih mudah, sama ada untuk berehat daripada kesibukan harian atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun insan tersayang.
2. Main Sepuasnya Di Taman Tema Genting SkyWorlds

Bagi penggemar aktiviti lasak yang mengujakan, Taman Tema Genting SkyWorlds menanti kehadiran anda.
Menerusi kempen ini, anda boleh mendapatkan dua Tiket Standard 1 Hari pada harga yang jauh lebih murah:
- Warganegara Malaysia: RM126 sahaja untuk dua tiket!
- Bukan Warganegara: RM240 untuk dua tiket.
Jadi, kalau aim utama anda adalah untuk berseronok di Taman Tema Genting SkyWorlds, pastikan anda pakai kasut yang selesa dengan pakaian yang sesuai. Nanti bolehlah cipta kenangan manis meneroka pelbagai dunia fantasi di sini!

3. Taman Tema Indoor Skytropolis Banyak Permainan Menarik

Takut Hujan? Panas? Jangan risau! Taman Tema Indoor Skytropolis menawarkan keseronokan tanpa henti. Pelbagai permainan tersedia mengikut tahap keberanian termasuk permainan santai untuk kanak-kanak hingga yang mencabar keberanian. Semuanya ada di sini.
Dapatkan dua Pas Permainan 1-Hari Tanpa Had pada harga istimewa:
- Warganegara Malaysia: RM100 untuk dua pas.
- Bukan Warganegara: RM130 untuk dua pas.
Dengan adanya tawaran ini, pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengisi masa sepanjang berada di Resorts World Genting. Yang penting boleh main berulang kali tanpa had sepanjang hari!
Tempah & Rancang Percutian Ke Resorts World Genting Sekarang!
Tak kisahlah apa pun tujuan anda ke Genting Highlands, sama ada untuk berehat santai di hotel, menikmati makanan enak di tanah tinggi, atau menghabiskan masa sepanjang hari bermain di taman tema, Resorts World Genting ada segalanya.
Ingat, promosi ini hanya berlangsung singkat dari 2 November 2026 hingga 9 November 2026.

Jangan tunggu sampai saat-saat akhir! Layari saluran rasmi Resorts World Genting sekarang untuk maklumat lanjut dan tempahan.