Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video TikTok yang mendakwa mee kari di sebuah restoran terkenal berstatus halal menggunakan daging babi dalam masakannya. Ketika ini, video tersebut telah ditonton lebih 18 ribu tontonan dan juga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.
Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) telah menyerbu sebuah restoran terkenal di Subang yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari semalam.
Menurut Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah dalam serbuan tersebut, pihaknya telah memeriksa di bahagian dapur restoran dan menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.
Ketika ditanya, pengurus restoran menafikan daging tersebut adalah daging babi dan menegaskan itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku. Bahan mentah itu telah disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu.
Premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini dan sijil beserta dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal disita pihak berkuasa.
Menurut Pengarah KPDNHEP Selangor, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.
Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011.
Sementara itu, kami kongsikan artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Bernilai RM5 Juta
Dilabel Bawa Budaya Buruk, Shaheizy Sam Dikecam Netizen Gantung Vape Dileher Ketika ‘Live’ ABPBH
“Bertongkat Itu Sunnah Nabi” – Niat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Kini Tercapai