Sekiranya anda merupakan peminat hidangan nasi kandar pastinya nama Nasi Kandar Sulaiman tidak asing buat anda. Restoran yang semakin mendapat perhatian para peminat ini menerusi hidangannya yang pelbagai dan juga menepati citarasa ramai.

Terbaharu, Facebook Nasi Kandar Sulaiman yang aktif berkongsi hidangan yang tersedia di restoran memaklumkan sebuah lagi rekod berjaya dipecahkan apabila seorang pelanggan memesan nasi kandar mencecah RM218.

Baca Juga:

Mengulas mengenai lauk-pauk yang dipilih menerusi perkongsian awal Nasi Kandar Sulaiman, lelaki ini telah memesan belasan udang dan belasan sotong, sebiji telur masin, telur sotong dan dua ketul ayam untuk dijamah bersama sepinggan nasi yang dicampur kuahnya.

Siapa sangka, rekod yang dibuat bukan sekadar gimik semata-mata apabila pelanggan ini berjaya menghabiskan kesemua lauk serta nasi sehingga licin di restoran tersebut dalam tempoh sejam tujuh minit.

Sumber: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Perkongsian yang dibuat bukan sahaja mengejutkan pihak kedai malah para netizen yang terkejut dengan pesan lelaki ini. Lebih hebat, lelaki ini berjaya menghabiskan segala lauk ini yang dipesan.

Sumber: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Restoran Nasi Kandar Sulaiman sebelum ini pernah menjadi fenomena sekaligus membuat para pelanggan sanggup beratur panjang demi menjamah di restoran tersebut.

Selain itu, restoran ini turut memohon maaf kepada pelanggan selepas terpaksa membuka kedai sedikit lewat pada waktu pagi bagi memberi laluan kepada solat Subuh secara berjemaah.