Sudah menjadi satu perkara biasa buat pemilik kedai mempunyai pekerja bagi menjaga barangan jualan dan juga transaksi pembayaran seharian.

Namun, pendekatan berbeza yang diambil oleh seorang pemilik restoran makanan apabila membawakan konsep layanan diri yang luar biasa sehingga menjadi bualan ramai di media sosial baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa tidaknya, pelanggan diminta melakukan segala perkara dengan sendiri untuk pembelian juadah di kedai itu. Ini termasuklah perlu membungkus juadah dengan sendiri kemudian membenarkan pelanggan mengira harga yang sepatutnya dibayar berdasarkan notis yang ditampal.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan keadaan kedai yang dipenuhi dengan lauk-pauk selain pelanggan yang keluar masuk membeli makanan tengahari.

Sumber Gambar: X @_NazriH

“Memang lain dari yang lain. Kedai ini keistimewaannya menjual masakan Melayu.Lauk yang dijual sangat sedap dan harga juga berpatutan.

“Bezanya dengan kedai lain mereka tidak menyediakan tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Ramai orang bekerja beli di sini, grab and go sahaja,” katanya dalam video tersebut.

Menariknya, peniaga itu juga membenarkan bayaran dibuat secara harian, mingguan atau pun bulanan.

“Layan diri. Sila buat kiraan harga sendiri dan masukkan bayaran di dalam bekas yang disediakan

“Jika tidak pasti, sila ambil gambar makanan dan WhatsApp ke nombor ini 0173401762. Kami juga ingin memaklumkan tiada pekerja yang akan membantu membungkus makanan dan membuat kiraan harga.

“Bayaran boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan,” tulisnya pada notis yang ditampal pada dinding kedai di 16 Sierra, Puchong, Selangor.

Sumber Gambar: X @_NazriH

Malah bayaran juga boleh dilakukan menerusi kod QR yang dikongsikan atau secara tunai di kaunter tanpa penjaga.

Video yang dikongsikan pengguna X @_NazriH itu mendapat perhatian warganet. Ramai warganet yang tertanya-tanya bagaimana pemilik kedai itu boleh menjalankan model bisnes sebegini dengan yakin mempercayai orang awam.

Sumber Gambar: X @_NazriH
Sumber Gambar: X @_NazriH

Ada juga yang berpendapat berkemungkinan pemilik mahu berniaga sambil bersedekah tanpa mengira keuntungan semata-mata. Dalam pada itu, sebahagian pengguna juga meminta agar orang awam agar bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberi.