Peminat rancangan masakan pasti sangat mengenali chef selebriti Jamie Oliver yang terkenal dengan rancangan masakan serta restoran miliknya, Jamie’s Italian. Ketika di waktu kegemilangan Jamie, Jamie mempunyai 42 cawangan Jamie’s Italian di United Kingdom sahaja.

Sekiranya anda teringin untuk mencuba menu masakan Jamie Oliver, anda tidak perlu terbang ke luar negara kerana restoran pertama Jamie Oliver akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi.

Berdasarkan temu bual FMT bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Group CEO, Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pada ketika ini pihak mereka sedang menambah baik segala perkhidmatan yang ada di KLIA.

Ketika ini adalah masa yang terbaik untuk menaik taraf kemudahan yang ada bagi memberi keselesaan kepada pengguna KLIA selepas ini.

Selepas pandemik COVID-19 reda dan larangan untuk travel diangkat oleh kerajaan, pengguna boleh menjangkakan servis yang terbaik di KLIA termasuklah capaian internet yang lebih pantas di KLIA.

Mohd Shukrie juga mengesahkan restoran Jamie Oliver akan dibuka di KLIA yang pastinya akan menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelancong.

“Tahun lalu kita memperkenalkan Costa Coffee, Ya Kun Kaya Toast dan Dior Prestige, pop-up store pertama jenama berkenaan di lapangan terbang Asia Tenggara. Semua jenama baharu ini dilihat menjadi tumpuan kepada pelanggan dan lebih banyak jenama lain akan berada di sini,” tambah Mohd Shukrie.

Cawangan Jamie’s Italian paling dekat ketika ini adalah di Singapura dan selepas ini, sebelum anda terbang ke luar negara dapatlah isi perut yang lapar di sini. Sekiranya semua sudah pulih, negara mana yang anda mahu travel terlebih dahulu?

Tahun lalu Jamie Oliver perlu menutup beberapa cawangan restoran kesayangannya atas faktor hutang. Anda boleh baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Kerana Hutang, Rangkaian Restoran Milik Jamie Oliver Terpaksa Ditutup

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Lebih 3.6K ‘Shares’, Ini Resipi Phad Kra Phao Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Thailand

Sumber