Nama Salt Bae sinonim dengan gaya tabur garam paling “ikonik” di dunia. Namun di sebalik gaya ikonik tu, empayar restoran milik Nusret Gokce kini sedang bergelut berdepan kerugian besar.

Syarikat Nusr-et UK, yang menguruskan restoran mewah Nusr-Et Steakhouse di Knightsbridge, London, dilaporkan rugi sebanyak £5.4 juta tahun lalu — rekod kerugian terbesar sejakn ianya beroperasi.

Laporan kewangan menunjukkan kerugian itu berpunca kegagalan nilai pelaburan di Amerika Syarikat yang menyaksikan ia  menelan kerugian sebanyak £6.6 juta (RM37.19 juta), selepas beberapa cawangan di sana gagal bertahan.

Menu dijual memang agak mahal. Misalnya:

  • Wagyu Strip Loin – £680 (RM4,100)
  • Istanbul Steak – £240 (RM1,450)
  • Skirt Steak – £380 (RM2,300)
  • Pencuci mulut Baklava bersalut emas 24 karat – £50 (RM300)

Walaupun jualan meningkat daripada £9 juta kepada £10 juta secara keseluruhan, keuntungan tetap tak cukup nak menampung kerugian besar dari pasaran Amerika.

Anak syarikatnya, Nusret US Inc, terpaksa menutup satu restoran di New York dan cawangan Boston tahun lalu.

Malah, pada Jun tahun ini, beberapa lagi lokasi seperti Beverly Hills turut ditutup dalam langkah “penyusunan semula strategi antarabangsa.”

Sekarang, daripada 7 cawangan di AS, hanya 2 sahaja yang masih hidup — satu di Midtown New York dan satu lagi di Miami.

Menurut jurucakap kumpulan restoran itu: “Kami cuba beberapa pasaran. Ada yang menjadi, ada yang tidak.”

Sebagai tambahan, Salt Bae mula jadi fenomena global pada 2017, selepas video dia menabur garam dengan gaya penuh dramatik jadi tular.

Sejak tu, dia buka restoran di seluruh dunia — termasuk Istanbul, Milan, Mykonos, Abu Dhabi, dan London (dibuka 2021).

Dengan lebih 52 juta pengikut Instagram, restoran dia pernah dikunjungi bintang besar seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham, dan Wayne Rooney.

Tapi populariti tu datang dengan kontroversi. Ramai peminat bola sepak masih marah bila dia “masuk padang” bersama sama meraikan kejayaan Argentina memenangi Piala Dunia.

Tindakannya itu  dikecam hebat dan dianggap mengganggu keraian pemain pemain Argentina pada masa itu. Salt Bae menjelaskan bahawa dia hadir sebagai jemputan FIFA.

Namun ada  yang mengeluarkan teori bahawa dia yang membayar presiden FIFA sambil menyindir bahawa, Infantino sanggup buat apa sahaja demi duit.

Tetapi presiden FIFA menafikan dia ada kaitan dengann Salt Bae walaupun sebelum itu dia melawat restoran pempengaruh itu sebelum aksi final.