Seorang penjual mi yang meniru gaya chef selebriti Turki Nusret Gokce, yang terkenal sebagai Salt Bae, di Vietnam telah ditangkap selepas dianggap melakukan propaganda anti-negara, lapor BBC.
Bui Tuan Lam berusia 38 tahun telah memuat naik sebuah video yang mempersendakan seorang menteri kanan kerajaan yang sebelum ini menghabiskan sekitar $1,725 ketika berkunjung ke restoran Salt Bae itu.
Baca Juga:
- Rakyat Vietnam Marah Lihat Menteri Mereka Makan Mewah Di Restoran Salt Bae
- ‘Rupanya Kena Bayar RM1,000 Untuk Salt Bae Tabur Garam’ – Aeril Zafrel Tidak Anggap Satu Pembaziran Makan Di Nusr-Et
- Lalu Lintas Terlalu Sesak Di Vietnam, Auto-Pilot Tesla ‘Give Up’ Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta
Harganya daging bersalut emas itu telah mengejutkan orang ramai terutamanya rakyat Vietnam yang hidup dalam kemiskinan di sebuah negara yang diperintah oleh satu parti yang sering memenjarakan pengkritik.
Isteri Bui Tuan Lam memberitahu BBC Vietnam bahawa Lam telah “diculik” pada petang Rabu oleh polis, yang pulang bersamanya beberapa jam kemudian dengan waran untuk menggeledah rumahnya.
Dia berkata mereka telah membuat persediaan mental untuk ditangkap sejak suaminya dipanggil polis November lalu.
Lam, yang mengusahakan gerai mi daging lembu di bandar Danang, pada masa itu memberitahu BBC dia tidak tahu mengapa dia dipanggil, sambil menambah bahawa polis menyatakan ianya “rahsia”.
Dia ditangkap pada hari Rabu di bawah Artikel 117, artikel dengan tafsiran luas yang menghukum mereka yang menghasilkan atau menyebarkan maklumat “terhadap” negeri.
Polis berkata pihak berkuasa telah berulang kali memberi amaran kepada Lam supaya tidak menyiarkan kandungan yang menghina kehormatan dan reputasi pemimpin.
Video parodi Lam telah disiarkan beberapa hari selepas Jeneral To Lam, Menteri Keselamatan Awam Vietnam, dirakam sedang makan di restoran mahal Salt Bae di London.