Tular baru-baru ini di media sosial apabila seorang peniaga berkongsi di aplikasi TikTok memaklumkan menjual telur ‘omelette’ pada harga mencecah RM13.

Dakwa menggunakan bahan yang pelbagai beserta tiga biji telur dengan gred yang tinggi antara yang membuatkan beliau memilih untuk meletak harga sedemikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@daniasedek

Replying to @. Insyallah lepas saya dh kire semua kos & timbang semua perkara , Ini adalah harga terbaik untuk kepuasan pelanggan. Bagi yang suke dengan Omellete special, Pastu akan menyukai dan berpuas hati dengan Omelette Thai With Prik Nam Pla bersama Taugeh Ipohh…

♬ original sound – Dania Sedek – Dania Sedek

Meskipun menerima kecaman yang hebat daripada para netizen yang mendakwa harga yang dijual terlalu mahal, peniaga ini tetap positif mempromosikan produknya.

Terbaharu, Dania Sedek selaku pemilik kepada perniagaan Niase memaklumkan 200 set telur omelette berjaya terjual. Malah, beliau turut mendoakan mereka yang memerli video iklan mempromosikan omelette beliau dimurahkan rezeki.

Perkongsian ringkas dan positif yang dikongsikan di Facebook telah meraih pelbagai komen daripada netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan peniaga ini.

Malah, terdapat peniaga yang memaklumakan soal harga itu subjektif dan bukan paksaan untuk pembeli mendapatkannya. Berikut merupakan antara respon netizen terhadap perkongsian peniaga ini.

Untuk pengetahuan, peniagaan Niase sebelum ini turut pernah menjadi fenomena serta membuatkan para pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan hidangan tomyam Niase.