Franck Ribery sindir Cristiano Ronaldo selepas pemain Portugal itu memberikan pandangannya tentang Ballon d’Or.

Cristiano Ronaldo dengan tegas menyatakan pandangannya. Di mana menurutnya, pemenang Ballon d’Or wajib daripada kalangan pemain yang memenangi UCL.

CR7 berkata: “Pada pandangan saya, tidak kiralah siapa sahaja yang akan memenangi Ballon d’Or, mereka harus daripada kalangan pemain yang memenangi Liga Juara Juara Eropah.

“Saya rasa anugerah ini sudah hilang nilainya,” tambah Ronaldo lagi.

Ribery sindir Cristiano Ronaldo

Kenyataan Ronaldo itu segera mendapat perhatian daripada Franck Ribery. Kerana pemain itu gagal memenangi Ballon d’Or pada 2013 walaupun dia memenangi treble bersama Bayern Munich, yang menyaksikan Bayern juga menjuarai UCL pada masa itu.

Ribery berada di tangga ketiga dalam carta undian Ballon d’Or. Dan pemenang pada tahun tersebut ialah Cristiano Ronaldo yang tidak memenangi sebarang trofi berbanding dia dan pemenang tempat kedua, Lionel Messi.

Lantas, terbaru, Ribery sindir Cristiano Ronaldo dengan menulis: “Jadi, kamu harus memennangi Liga Juaraa Juara Eropah untuk memenangi Ballon d’Or?”

Ianya diakhiri dengan emoji ketawa.

Ini bukan kali pertama Ribery membangkitkan tentang kekalahannya dalam Ballon d’Or 2013. Sebelum ini dia pernah menyuarakan kesedihannya tidak dapat memenangi anugerah tersebut ketika kemuncak kariernya.

Peminat Bayern juga menyokong Ribery dan mereka membangkitan semula kritikan ke atas kemenangan Cristiano Ronaldo pada tahun tersebut berbanding Ribery.