Lebih seribu umat Islam di Amerika Syarikat memenuhi jalanan Times Square, New York City, untuk menunaikan solat Tarawih dan berbuka puasa pada hari pertama Ramadan tahun ini. Aktiviti ini dianjurkan oleh SQ melalui Projek ZamZam dan dipromosikan dengan nama “Tarawih First Time in Times Square”.
Bacaan al-Quran dan syarahan Islam turut disampaikan pada majlis tersebut. “Kami di sini untuk menjelaskan agama kami kepada semua orang yang tidak tahu apa itu Islam,” kata penganjur dan influencer, SQ, kepada CBS News, dipetik dari The New Arab.
“Islam adalah agama keamanan,” tambah SQ.
Sekitar 1,500 hidangan telah diagihkan kepada umat Islam yang berada di sana pada detik yang dianggap bersejarah.
“Izinkan kami menyebarkan agama Islam di salah satu tempat paling terkenal di dunia, Times Square!,” tulis SQ di akaun Instagramnya, wayoflifesq.
Tarawih ialah solat sunat yang dilakukan oleh umat Islam yang bersumber dari amalan Nabi Muhammad SAW.
Sebelum aktiviti lain dimulakan, segelintir pengguna media sosial ragu-ragu sama ada solat Tarawih Times Square akan berjalan dengan lancar memandangkan terdapat banyak papan iklan dan bunyi muzik dari semua arah. “Mesti ada tempat yang lebih baik untuk bersolat…pergi ke masjid tempatan terdengar lebih baik,” tulis seorang pengguna Twitter.
Yang lain bimbang dengan keselamatan umat Islam memandangkan peningkatan serangan Islamofobia di Amerika Syarikat.
Salah seorang penganjur Solat Tarawih di Times Square New York, Ali Camara, menjawab kebimbangan orang ramai. Beliau yakin ini akan meningkatkan hubungan antara agama di Amerika Syarikat. “Anda bekerja dengan orang-orang ini. Anda naik kereta api dengan orang-orang ini. Kami semua adalah satu,” katanya.
Imam di Indonesia nekad ke masjid untk pimpin solat terawih, tidak percaya dirinya positif COVID-19. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19
Jadi ‘Ikon’ Orang Tak Puasa, Anak Bell Ngasri Kena Senda Di Sekolah
Penduduk Kejar Dan Pukul Ketua Kampung Selepas Dilarang Solat Aidilfitri Secara Berjemaah