Rice masih yakin Arsenal akan menjuarai EPL musim ini. Pemain tengah antarabangsa England itu tidak panik dengan kedudukan semasa Arsenal.

Jaringan Declan Rice dan prestasi memukau David Raya menyelamatkan The Gunners daripada kekalahan di Old Trafford semalam.

Declan Rice mempamerkan aksi cemerlang termasuk melakukan bentesan penyelamat pasukannya ketika Rasmus Hojlund berada berdekatan gawang gol.

Ketika Mikel Arteta tidak berminat menjawab soalan wartawan tentang jurang 15 mata dengan Liverpool, Declan Rice pula lebih tenang dan kekal optimis tentang peluang The Gunners.

Declan Rice masih yakin

Rice masih yakin Arsenal boleh memintas Liverpool pada akhir musim ini. Mereka masih ada 1 baki perlawanan dalam tangan dan masih ada kunjungan ke Anfield tidak lama lagi.

Arteta kritik pemain arsenal
Mikel Arteta / FOTO: ESPN

Menurut Rice, mereka tidak akan pernah menyerah kalah kerana mereka adalah Arsenal.

Dia menambah: “Kami akan terus berjuang sehingga tamat musim ini.

“Liverpool telah menunjukkan aksi luar biasa sepanjang musim ini, kredit kepada mereka. Namun persaingan masih belum berakhir,”  tegas Rice masih yakin akan peluang Arsenal.

Liverpool
Soccer Football – Premier League – Liverpool v Newcastle United – Anfield, Liverpool, Britain – February 26, 2025 Liverpool’s Alexis Mac Allister celebrates scoring their second goal with Mohamed Salah and Dominik Szoboszlai REUTERS/Phil Noble

Arsenal keciciran mata di Old Trafford bermakna mereka kini memerlukan Liverpool kalah beberapa perlawanan dalam masa terdekat.

Liverpool selepas ini akan fokus kepada aksi UCL diikuti final Piala Carabao.

Sementara itu Arsenal akan berdepan dengan Chelsea di Emirates, aksi yang akan membuatkan jumlah perlawanan mereka sama dengan Liverpool yang ketika ini akan bermain final piala liga.

Liverpool akan menyambung kempen EPL mereka dengan aksi Derbi Merseyside menentang Everton. Perlawanan sukar buat The Reds dengan tekanan yang ada pada mereka. Arsenal pula akan bedepan dengan Fulham di tempat lawan.

Adakah skuad Mikel Arteta akan mampu untuk mencipta kebangkitan luar biasa dan memintas Liverpool?

Mikel Arteta
Soccer Football – Premier League – Arsenal v Aston Villa – Emirates Stadium, London, Britain – August 31, 2022 Arsenal manager Mikel Arteta reacts REUTERS/Tony Obrien/Files

Mikel Arteta dan Arsenal masih ada peluang yang baik untuk menjuarai UCL musim ini.  Pengurus itu sendiri menyatakan pasukannya cukup bagus untuk bersaing merebut kejuaraan Eropah tersebut.

Arteta: Arsenal Ada Sumber Yang Banyak Untuk Muncul Juara UCL 2024/25