Pemain pertahanan negara, Richard Chin berkongsi detik ketika beliau memeluk agama Islam.

Chin baru-baru ini membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestine di Stadium Sultan Ibrahim.

Baca Juga:

Pemain Raith Rovers itu dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Quentin Cheng sekaligus membantu pasukan negara memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

Richard Chin
Sumber Gambar: Bath City

Penyokong Teruja Dengan Richard Chin

Penyokong nyata teruja apabila mengetahui Chin beragama Islam selepas laman media sosial pasukan negara berkongsi beliau mengikuti majlis doa selamat sebelum aksi menentang Palestine.

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom berkongsi detik Chin memeluk agama Islam.

Richard Chin

“Saya berhijrah dan mengucap dua kalimah syahadah pada November tahun lalu. Alhamdulillah saya gembira menjadi orang Islam sekarang.

“Sokongan yang saya dapat sejak kebelakangan ini memberikan motivasi untuk saya bermain bagi negara ini.

“Malaysia adalah negara muslim dan menjadikannya lebih bagus,” kata Richard Chin.