Pemain pertahanan skuad B-23 Tahun negara, Richard Chin berkongsi gambar beliau menerima pasport Malaysia selepas menyertai sesi latihan B-23 Tahun baru-baru ini.

Menerusi ejen beliau iaitu Rock Sports Management, Chin dilihat bergambar dengan pasport Malaysia yang baru diterimanya di hadapan salah satu bangunan kerajaan di Putrajaya.

Baca Juga:

Richard Chin
Sumber Gambar: Rock Sport Management

Kehadiran pemain Dartfort FC itu ke dalam skuad B-23 Tahun negara dilihat positif dimana Malaysia akan beraksid alam temasya AFC B-23 Tahun di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei tahun hadapan.

Ketika menyertai kem latihan pusat baru-baru ini, Chin bertekad untuk belajar bahasa melayu untuk memastikan beliau dapat berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan.

“Rakan sepasukan menyambut saya dengan baik. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk belajar bahasa melayu untuk memudahkan komunikasi di atas padang.

“Satu pengalaman yang baik namun semuanya sangat cepat. Saya hanya berlatih sebanyak dua kali dan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang PDRM.

“Juan Torres dan Shukor Adan banyak membantu dengan memberikan maklumat tambahan. Saya amat berpuas hati dengan apa yang saya lalui,” katanya dipetik dari laporan The Star.

Seorang lagi pemain kacukan yang beraksi di luar negara iaitu Kobe Chong berkemungkinan besar bakal mengikut jejak langkah Richard Chin dimana beliau baru-baru ini memberi memberi bayangan di media sosial Instagram miliknya.

Kobe memberi komen di salah satu post dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mahu beliau menyarung jersi pasukan negara.

“Terima kasih semua. Jumpa anda semua tidak lama lagi 🇲🇾,” kata Kobe Chong.