Pemain yang mempunyai pertalian dengan Malaysia, Richard Chin menampilkan prestasi cemerlang bersama kelabnya iaitu Farnborough FC.
Menurut perkongsian Harimau Abroad di laman X, Chin telah menjaringkan tujuh gol bersama Farnborough yang ketika ini beraksi dalam saingan National League South (divisyen enam England) .
Baca Juga:
- Media Indonesia Anggap Calon Pemain Warisan Malaysia Tidak Setaraf Pemain Mereka
- Ini Calon Penyerang Warisan Skuad Harimau Malaya
- ‘7 Lagi Pemain Warisan Akan Bantu Pasukan Negara’ – Tunku Mahkota Ismail
Richard Chin Jaringkan Gol Menarik
🏴 Richard Chin netted his seventh league goal of the season when Farnborough lost 2-1 to Chesham United on Saturday. pic.twitter.com/immcCAFZFe
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) April 14, 2025
Baru-baru ini, pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan gol menarik ketika turun menentang Chesham United.
Some goal from Chinny 🤩 pic.twitter.com/72qomrDJLk
— Farnborough FC (@FarnboroughFC) April 14, 2025
Meskipun membantu kelabnya dengan mencipta jaringan, Chesham kemudiannya meraih kemenangan menerusi jaringan Mitchell Weiss dan Samson Esan.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Richard Chin boleh dimanfaatkan oleh skuad B-23 Tahun negara kendalian Nafuzi Zain dan juga skuad senior.
Pada November 2023, Chin pernah menyertai sesi latihan skuad B-23 Tahun negara selepas mendapat pasport Malaysia.

Ketika menyertai kem latihan pusat baru-baru ini, Chin bertekad untuk belajar bahasa melayu untuk memastikan beliau dapat berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan.
“Rakan sepasukan menyambut saya dengan baik. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk belajar bahasa melayu untuk memudahkan komunikasi di atas padang.
“Satu pengalaman yang baik namun semuanya sangat cepat. Saya hanya berlatih sebanyak dua kali dan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang PDRM.
“Juan Torres dan Shukor Adan banyak membantu dengan memberikan maklumat tambahan. Saya amat berpuas hati dengan apa yang saya lalui,” katanya dipetik dari laporan The Star.