Pernah ditawarkan gaji RM150 sehari untuk berlakon, Riezman Khuzaimi telah tampil mengkritik produksi yang kedekut.

Pelakon berpengalaman, Riezman Khuzaimi tidak berpuas hati dengan produksi yang tidak menawarkan bayaran setimpal kepada pelakon.

Baca Juga:

Sebelum ini Azlee Senario menyatakan bahawa dia pernah ditawarkan bayaran RM500 sehari untuk penggambaran. Dan dia menganggap angka itu terlalu rendah lalu menolaknya.

Ianya mengundang komen netizen. Ada yang simpati dengan Azlee kerana dibayar dengan harga tak setimpal. Ada juga menyatakan bahawa RM500 sehari itu cukup besar.

Namun menurut Riezman Khuzaimi, harga RM500 sehari untuk Azlee Senario memang dianggap tidak cukup. Kerana dia seorang pelakon, penyanyi dan pelawak.

Riezman Khuzaimi turut berkongsi pengalaman ditawarkan gaji RM150 sehari untuk drama mega. Walaupun pada awalnya dia menerima tawaran RM1,800 sehari.

Dan dia fikir itu adalah tawaran yang sangat bagus. Namun selepas itu dia mendapati bahawa bayaran RM1,800 sehari itu hanya dibayar jika dia dapat membuat 12 babak dalam sehari tersebut.

Ianya dianggap kerja mustahil. Riezman menambah: “Kalau sehari itu ada 20 babak [lebih 12 babak] pun RM1,800. Kalau kurang daripada 12 babak, maka akan dibayar RM150 sahaja untuk satu babak.

“Apabila saya tengok balik jadual penggambaran, satu hari satu babak, satu hari 2 babak.”

@scoopdotmy

Pernah ditawarkan bayaran ciput RM150 sehari, ini pengakuan pelakon Riezman Khuzaimi. #riezmankhuzaimi #pelakonmalaysia #sembangentertainment #newsattiktok #beritaditiktok #beritatiktok #trendingnewsmalaysia #beritaterkini

♬ original sound – Scoopdotmy – Scoopdotmy

Oleh sebab itu Riezman memutuskan untuk menolak sahaja tawaran ciput seperti itu.

“Orang tanya, dah lama tak keluar tv, abang cakap terus terang sebab mereka tidak mampu bayar abang,” tegas beliau lagi.

Tidak mampu bayar yang dimaksudkan Riezman bukan kerana dia meminta bayaran mahal. Namun pihak produksi seolah olah membuat satu penghinaan dengan bayaran yang terlalu rendah.

Dia menambah: “Ianya satu penghinaan, jadi lebih baik saya jual burger dapat RM300-RM400 dalam satu malam berbanding berlakon sehari RM150, itu melampau.”

Riezman akui ramai produksi yang mahu membayar ciput namun mahukan kualiti yang tinggi. Ianya dianggap tindakan yang menghancurkan industri seni.

“Abang pernah berlakon di Hong Kong dan Indonesia. Sepatutnya nilai lagi tinggi bukannya lagi jatuh,” kata Riezman lagi.

Jadi Riezman Khuzaimi tidak hairan kenapa Senario meminta bayaran yang tinggi. Kerana mereka serba boleh, mereka boleh berlakon, melawak dan menyanyi.

Dia meminta pihak di luar sana menghormati bakat yang ada pada Senario. Sambil menambah: “Kenapa Abang Jalil Hamid dan Datuk Fauziah Nawi lama tak berlakon? Sebab tawaran seperti itulah.”

“Mereka adalah pelakon berpengalaman dan layak dibayar setimpal dengan pengalaman mereka.”