Bekas pertahanan kental Manchester United dan skuad kebangsaan England, Rio Ferdinand berpendapat bahawa Liverpool merupakan pasukan pilihan untuk menang pada pertemuan menentang Arsenal, awal pagi Isnin depan.

Perlawanan kesembilan dalam kempen English Premier League (EPL) 2024/25 itu penting buat kedua-dua pasukan kerana kemenangan akan terus meletakkan Liverpool di puncak liga, malah The Reds akan tujuh mata meninggalkan Arsenal.

Baca Juga:

Manakala, sekiranya skuad kendalian Mikel Arteta itu mencatatkan kemenangan, Arsenal hanya satu mata dibelakang Liverpool dan jika keputusan berkesudahan seri, kelebihan empat mata kekal milik The Reds.

Sehubungan dengan itu amat menarik untuk menyaksikan pertembungan hebat kedua-dua pasukan yang bakal berlangsung di Emirates Stadium.

Melihatkan kepada perkembangan terkini, Rio Ferdinand yang kini bergelar pundit yakin bahawa Liverpool mampu meraih kemenangan penting nanti.

“Saya rasa berdasarkan prestasi dan momentum, saya katakan 100 peratus milik Liverpool. Saya fikir mereka adalah pasukan yang kita lihat dan berkata ‘mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik’.”

“Dengan barisan pemain mengalami kecederaan, Arsenal nampaknya terjejas teruk dalam hal itu dan mereka tidak mempunyai momentum pada masa ini.”

“Mereka tidak berfungsi pada tahap terbaik. Mereka bukan Arsenal musim lepas kalau dilihat pada masa ini.”

“Liverpool, arus telah berubah sedikit sekarang. Beberapa perlawanan yang cemerlang pada awal musim, tetapi sekarang, saya akan katakan Liverpool mungkin adalah pilihan utama (meraih kemenangan),” ujar Ferdinand menurut sumber laporan Eurosport.

 

Sumber